Sebelum ini viral di media sosial seorang bayi lelaki maut selepas 'walker' yang didudukinya meluncur keluar dari rumah terus ke jalan raya lalu dilanggar sebuah lori.
Dalam laporan berita penuh, kejadian itu berlaku di Samut Prakan, Thailand, di mana sebelum itu mangsa, Nontawat Saingam bermain di hadapan rumahnya, sementara ibunya, Wilawan Pitpan, 32, sedang berbual dengan kakaknya melalui media sosial.
Wilawan yang terlalu leka berbual dengan kakaknya itu, tidak menyedari anaknya sudah keluar dari pintu pagar dan walker mangsa terus meluncur ke tengah jalan raya.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, sebuah lori yang melalui jalan itu cuba mengelak apabila menyedari kehadiran bayi itu, tetapi sudah terlambat dan mangsa digilis tayar belakang kenderaan berat itu.
Pemandu lori, Sanan Sopapong, 61, berkata, dia memandu dari tapak pembinaan kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian dengan kelajuan perlahan kerana jalan sempit.
"Tiba-tiba seorang bayi di dalam 'walker' melintas jalan. Ia terlalu dekat, saya membelok bagi mengelak namun bayi itu termasuk ke bawah lori," katanya.
Menurut Wilawan pula, dia terdengar bunyi kemalangan itu dan mendapati anaknya tiada di hadapan rumah lalu terus berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum menyedari anaknya telah digilis lori.
Mangsa meninggal dunia kerana tengkoraknya retak, selain patah kaki kanan.
Sumber: The Sun, Harian Metro
loading...
(Video) Anak maut digilis lori kerana ibu leka layan media sosial
4/
5
Oleh
Hamba Allah