"Apa salah pakcik aku korang buli dia sampai macam ni? Tak rasa bersalah ke buli orang tua di bulan puasa, bulan yang mulia ini?" demikian kata anak saudara kepada lelaki warga emas yang dibuli sekumpulan remaja lelaki.
Menurut Leah, sebaik saja kesemua suspek ditemui terus dibawa ke rumah lelaki warga emas terbabit dan mereka dituntut untuk memohon maaf kepada mangsa.
Selesai berbuat demikian, mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
"Aku pun tak faham (kenapa mereka bertindak sedemikian), tak sanggup nak play video banyak kali. Menangis sampai menggigil dah. Sakit hati sangat.
"Semua (suspek) dah jumpa. Rasa nak tumbuk muka seorang-seorang. Sekarang budak-budak ini nak dibawa ke rumah pakcik aku untuk minta maaf dan kemudian nak dibawa pergi ke balai polis.
"Ramai rupanya yang buli. Sorry gambar tak elok, keluarga yang tolong rakam gambar. Silap orang cari pasal dengan family aku," katanya.
Meskipun kejadian itu telah diselesaikan, rasa geram, sedih dan sakit hati masih menyelubungi ahli keluarga mangsa kerana tidak menyangka golongan remaja seperti tergamak bertindak biadab terhadap warga emas.
"Alhamdulillah, dah settle malam tadi juga walaupun rasa geram, sedih dan sakit hati itu masih ada.
"Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Tuhan saja yang mampu membalas jasa korang.
"Please, tolonglah hormat orang tua. Aku tak nak tengok atau dengar benda ini terjadi lagi di masa akan datang," katanya.
Sumber: Leah
LAPORAN BERKAITAN:
loading...
'Silap orang kau cari pasal dengan family aku' - Ahli keluarga sahkan kes dah settle, semua suspek dihantar ke balai
4/
5
Oleh
Hamba Allah