Thursday, May 9, 2019

Masih ramai parents guna non ergonomic carrier untuk baby, berisiko terkena Hip Dysplasia


Selain daripada stroller, baby carrier juga menjadi kegunaan wajib ibu bapa untuk meletakkan anak ketika keluar berjalan-jalan atau melancong. Baby carrier antara yang menjadi keutamaan ibu bapa atas faktor mudah dibawa berbanding stroller. Walaupun baby carrier antara yang menjadi trend ibu bapa, tetapi adakah betul cara yang digunakan? Jika tidak, ianya bakal memberi kesan kepada bayi.

Wanita ini berkongsikan cara-cara yang betul kedudukan bayi dalam carrier. Ujarnya melalui perkongsian di Facebook, ramai ibu bapa yang masih menggunakan carrier jenis bukan ergonomik dan meletakkan anak menghadap ke depan. Situasi ini bukan sahaja tidak memberikan keselesaan kepada anak, malah boleh menyebabkan kesan terhadap tulang bayi. 

LATELY ini banyak betul jumpa parents yang carry anak dalam carrier non ergonomic and facing forward. Ramai parents yang belum sedar atau tak tahu yang non ergonomic carrier and facing forward macam dalam gambar ni tak sesuai and tak elok untuk baby. 

Pagi tadi terjumpa satu family, bapaknya pakai carrier tapi baby facing forward macam tergantung position baby tu. Kalaulah baby kecil tu boleh bercakap mesti dia akan bagi tahu yang dia tak selesa dengan position macam tu.


Kita dulu pun zero knowledge bab carrier ni semua. Ada jugak beli carrier hipseat which is kita fikir ohh mesti baby selesa duduk dalam ni. Bila dah belajar gali ilmu rupanya hipseat tu tak sesuai untuk baby. Tulang baby tu dah la lembut. Kesan penggunaan jangka masa panjang boleh effect tulang belakang baby.

Kadang kalau ternampak dekat airport memang kita hati kering je tegur and bagi tahu parents. So far semua okay and ada jugak yang cakap saya tak tahu pun. Those yang tak tahu tu ok la tak apa. Mana yang dah tahu tapi still do the same way harap dapat ubah cara. Kadang rasa  macam nak je buat flyers regarding ergonomic carrier and the best position to carry your baby in carrier. 


Hip seat carrier tak disarankan untuk pakai ye. Carilah carrier yang ergonomic. Sekarang ada macam macam jenis ergonomic carrier dengan harga mampu milik. Carrier aisy yang mommy pakai sekarang pun mommy beli preloved je. Atau boleh sewa dulu sebelum beli. The best position baby dalam carrier mestilah M shaped. Kalau kaki baby terlunjur tergantung memang tak boleh ye. 


So parents, pleaselah aware and prihatin tentang kedudukan bayi di dalam carrier. Kesian baby duk dalam carrier tapi tak selesa. Rajin-rajin kan diri gali ilmu and search apa tu hip dysplasia. Jangan sebab nak harga murah tapi lupa tentang keadaan dan keselesaan bayi sendiri.



Antara carrier yang ergonomic parents boleh cari and beli is cuddle me, tugeda, nana (rasanya yang ni harga mampu milik). Nak yang mahal lagi ada ergobaby dan lain lain. 

Boleh jugak join group Malaysian Babywearers Malaysian Babywearers (Official) untuk gali ilmu tentang baby wearing.

Disclaimer: Saya tak jual carrier . Saya cuma berkongsi info sahaja.

Sumber: Farah Soraya
loading...

Artikel Terkait

Masih ramai parents guna non ergonomic carrier untuk baby, berisiko terkena Hip Dysplasia
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email