Monday, April 23, 2018

(Pergh! Berbekas tapak tangan) - 4 cedera terkena renjatan elektrik ketika pasang bendera parti politik


Empat lelaki terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Kampung Parit Yusof, Muar semalam, sekumpulan 10 lelaki  dikatakan cuba memacak tiang buluh yang digunakan untuk memasang bendera parti politik. 

Bagaimanapun, empat daripadanya yang berusia 20-an hingga 40-an terpelanting selepas secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik pada buluh tersebut menyebabkan salah seorang mangsa parah dan patang tulang rusuk, manakala tiga lagi cedera ringan. 

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk mendapatkan rawatan. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan masih melakukan siasatan. 







Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menasihatkan semua parti politik yang akan beranding pada Pilihan Raya Umur Ke-14 (PRU14) tidak memasang sebarang bahan kempen di tempat berisiko yang berisiko terkena renjatan elektrik. 
loading...

Artikel Terkait

(Pergh! Berbekas tapak tangan) - 4 cedera terkena renjatan elektrik ketika pasang bendera parti politik
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email