Seorang wanita mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas dipukau dua lelaki dalam kejadian di sebuah pasar raya di Taman Sentosa, Klang.
Menurut anak perempuan mangsa, Araa, yang mendedahkan kejadian itu berlaku pada jam 11:48 pagi ketika ibunya pergi ke pasar raya Econmart untuk membeli barang keperluan.
"Mama bawa RM300 saja nak beli barang. Dia (suspek) bercakap-cakap dengan mama dan mama ikut dia dari dalam Econmart sampai masuk ke dalam kereta. Dia bawa ke kedai mama dan mama bagi duit pada dia.
"Kemudian dia tinggalkan mama di hujung Econmart," tulisnya di Twitter.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
"Mama masih lemah dan trauma. Kasihan mama. Nasib baik dia tak apa-apakan mama. Dah buat laporan polis tetapi polis tak boleh buat apa-apa sebab pukau-pukau ini secara rela kita bagi," tulisnya.
Menurut maklumat yang diperolehi Araa, ibu saudaranya juga hampir menjadi mangsa suspek yang sama sebelum ini di Econsave Sentosa.
"Dapat info, last year dia hampir nak pukau makcik saya di Econsave, Sentosa. Rasanya dia memang sasar mangsa di kawasan ini dan dengar-dengar diorang ini penduduk di Sentosa juga dan sudah banyak kali pukau orang, tetapi mereka masih selamat," tulis Araa.
Justeru, Araa memohon bantuan orang ramai yang mengenali wajah-wajah suspek dalam gambar yang disertakan itu tampil memberi maklumat kepadanya.
loading...
'Mama ikut dia sampai masuk dalam kereta' - Mangsa rugi RM30K dipukau dua lelaki
4/
5
Oleh
Hamba Allah