Wednesday, March 15, 2017

Siapa Sangka Cecair Busuk Ini Jadikan Dua Orang Lelaki Jutawan


Liquid Ass, cecair yang menghasilkan bau busuk ini dihasilkan oleh Whitman dan Andrew Masters, dua orang jutawan ini menjadi kaya raya dengan hanya menghasilkan produk ini.

Segalanya bermula apabila ibu Whitman memberinya satu kit chemistry dan dia cuba menghasiklan satu kombinasi bau busuk seperti bau longkak, kentut dn juga bangkai haiwan.

Cecair busuk ini pada awalnya dihasilkan untuk mengenakan seorang guru Bahasa Inggeris dan ketika itu dia mula sedar dia memiliki satu senjata yang sangat berkuasa.

Selepas 10 tahun, Whitman kembali mengeluarkan senjata lamanya untuk membalas dendam terhadap pihak pengurusan di tempat kerjanya. Ketika itulah Whitman mula mengenali rakan kongsi, Andrew Masters.

Mereka berdua sepakat untuk berhenti kerja dan mula berfikir untuk memasarkan produk tersebut. Masing-masing melabur sebanyak $18,000 sebagai wang pendahuluan.

Mereka juga mendapat tentangan dari keluarga, malah dipanggil gila. Selepas dua tahun mereka berdua berjaya membuktikan idea gila itu merupakan kejayaan besar mereka. Ramai yang mula mencari Liquid Ass untuk membuat prank serta membalas dendam.

Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada anda bahawa tiada apa yang mustahil selagi anda berusaha untuk berjaya.
loading...

Artikel Terkait

Siapa Sangka Cecair Busuk Ini Jadikan Dua Orang Lelaki Jutawan
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email