Hasil pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di bahagian dapur, kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang, Line Clear telah diarah tutup selama dua minggu.
Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah menjalankan operasi pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tiga buah kedai makan di Penang Road pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, selain Line Clear, Restoran Yasmeen yang berlokasi di sebelahnya itu turut diarah tutup buat sementara waktu.
Manakala kedai makan yang ketiga, tiada tindakan diambil berikutan tahap kebersihannya terkawal dan memuaskan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata restoran telah diarah tutup selama dua minggu bermula pukul 8 malam Isnin.
"Bangkai tikus telah ditemui di salah sebuah premis manakala kedua-dua restoran didapati mempunyai najis tikus, lipas dan tandas yang kotor."
Sepanjang operasi Line Clear selama 70 tahun ini kali pertama perintah sedemikian dikeluarkan
loading...
Restoran Line Clear Di Arah Tutup Kerana Ada Bangkai Dan Najis Tikus, Lipas Dan Tandas Yang Kotor
4/
5
Oleh
Hamba Allah