Wednesday, December 13, 2017

'Selepas consult dengan doktor dan suggest makan clomid, Alhamdulillah mengandung lagi' - Belle Al-Yahya


Setiap pasangan yang baru berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumahtangga. Ada yang mendapat zuriat awal dan ada juga yang lambat. Tetapi itu semua di atas rezeki Allah. 

Selain berdoa dan meminta Allah memurahkan rezeki anak, suami isteri juga perlu berusaha untuk mendapatkannya. Apa yang penting adalah jangan berputus asa dan bersangka baik dengan ketentuanNya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

SESETENGAH wanita dikurniakan rezeki mudah untuk mendapatkan zuriat dan ada yang sesetengahnya sukar dan perlu berjumpa dengan doktor untuk mencari jalan bagi mendapatkan zuriat. Bagaimanapun, itu semua rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT. 

Kita perlu bersyukur, tak kira apa pun rezeki kita. Untuk diri Belle, untuk mendapatkan zuriat kena berusaha lebih sikit. 

Waktu pregnancy pertama, setelah tiga tahun berkahwin, jumpa doktor dan melakukan HSG Test (Alhamdulillah semua okay) dan selepas itu doktor suruh makan clomid. Alhamdulillah selepas itu, terus mengandung Nabila Ammara. 

Untuk pregnancy kedua pula, Belle try to conceive since Ammara sudah besar sikit (sebab memang nak anak lagi seorang dah alang-alang penat jaga anak, teruslah sekali. Bahahaha!). Tapi setelah setahun mencuba secara normal tanpa sebarang ubat, tak ada rezeki. Sebab itu consult dengan doktor dan doktor pun suggest makan clomid. 




Masa itu juga Carl ada makan madu apa entah. Alhamdulillah selepas itu terus mengandung. Jadi Belle cuma nak kongsi journey pregnancy pertama dan kedua memandangkan ada yang bertanya. 

Setiap orang lain-lain, tak sama. Mungkin Belle berjaya mengandung dengan bantuan clomid. Kali ini pregnancy paling best sebab ada seri ummi! Tak lama selepas tahu Belle mengandung, Belle consume susu seri ummi. Alhamdulillah rasa loya awal-awal kehamilan itu tak ada dan tenaga pun lebih berbanding dengan pregnancy pertama. 

Apa pun, bagi yang belum mendapat zuriat, jangan sesekali risau dan stress sebab setiap orang rezekinya tak sama. Ada yang cepat dan lambat. Yang penting kita berusaha dan jangan putus asa. InsyaAllah! 

Mommies yang ada experience lebih kurang, bolehlah share. Sebab masa pregnancy dulu, Belle suka baca cerita pengalaman orang lain di internet. 

P/S: Sesiapa yang mahu mengambil clomid kena consult dengan doktor terlebih dahulu tau. 

loading...

Artikel Terkait

'Selepas consult dengan doktor dan suggest makan clomid, Alhamdulillah mengandung lagi' - Belle Al-Yahya
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email