Thursday, December 14, 2017

'Malu tak malu jugalah bila orang persoalkan kenapa kerja jadi guru taska' - Lelaki ini kongsi pengalaman jadi guru taska beri inspirasi kepada anak muda


"Suka tengok mereka ketawa sebab mereka tak tahu childhood ini takkan kembali lagi sebenarnya.." demikian kata Adinata Gus, yang berkongsi pengalamannya menjadi guru taska, satu-satunya guru lelaki di dalam sebuah taska. 

Kurang pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak, rasa malu, tertekan bagai itu semua tidak menghalangnya dari berusaha menjadi seorang guru taska yang baik. Adinata banyak menghabiskan mengkaji dan membaca info-info mengenai pendidikan awal kanak-kanak di internet agar dia dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak taska. 

Sungguh pengalaman Adinata ini wajar dijadikan sebagai inspirasi buat anak-anak muda yang lain. Bacalah dan hayatilah pengalaman menarik anak muda ini. Semoga bermanfaat.

INI adalah thread tentang perjalanan karier saya sebagai satu-satunya guru lelaki di dalam sebuah tadika. Ini adalah satu pengalaman yang patut saya kongsi bersama orang-orang muda di luar sana. 




Memandangkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ini tak ramai lelaki, jadi satu hari saya pun terfikir kenapa saya tak cuba dan tengok apa yang berlaku seterusnya. Entah dari mana datang seruan untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan awal ini, saya pun tak pasti. Instinct. 

Start from there tiga bulan sebelumnya saya dah mula study dan buat persediaan. Buka website dan minta kerja. Luckily memang ada kindergarten yang open for male gender. Saya pun mula beli buku-buku dan hadap artikel di internet setiap hari. 


Ada waktu lapang (masa ini tanam anggur lagi), saya pun buka channel-channel YouTube luar negara untuk memahami teknik mengajar kanak-kanak. Mostly fun and banyak outdoor. Jadi, slowly saya develop character ke'cikgua'an itu sampai training bercakap di depan cermin.

Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan kerja. Maka bermulalah episod baru dalam hidup. Dengan penuh rasa berdebar dan teruja, saya harung apa saja yang berada di depan. Mak saya pun okay dengan pilihan kerja ini. Ahli keluarga risau juga pada mulanya.

Mana taknya, semua risau tentang gaji, masa depan dan kehidupan saya sendiri. Saya pula hanya ada sijil Matrikulasi sebagai sijil tertinggi. Malu tak malu jugalah bila ada orang mempersoalkan capability dan gender stigma asbab profesion ini. Semuanya saya jawab dengan tenang. 

Kerja-kerja melibatkan kanak-kanak memang nampak adorable. Ada waktunya stress level agak tinggi. Jadi, di sinilah kita boleh mengukur tahap kesabaran diri. Contohnya, menjawab 5373828 soalan pada satu-satu masa. 


Frankly, gaji boleh hidup lagi setakat ini unless awak owner atau ada pangkat sikit dalam hierarki kerja. Tiada masalah pun bagi saya. All you need is strong will and passion. InshaAllah dua perkara ini akan drive untuk long term. 


Oh, ada banyak part yang best jadi pre-school teacher. Birthday celebration? Haha! Setiap bulan makan kek wei! 



Paling happening bila ada celebration event tertentu. Ini contoh art work (task) saya dapat masa kena conduct hari sukan. Dapat teacher lelaki memang dinosaur sajalah idea saya. 

Mula-mula kerja, memang malu nak kena menari menyanyi di depan murid-murid dan cikgu perempuan. Tetapi itulah kata orang, alah bisa tegal biasa. Lama-lama, hmm setakat baby shark itu dah advanced. 


Okey, masuk part mengajar pula. Sejujurnya saya sangatlah curious apa kaedah yang paling efisien dan efektif untuk menarik minat mereka supaya ingat setiap patah perkataan yang kita ajar. Every single day saya try and error method tertentu. 

Praktis saya di dalam kelas mudah saya (tetapi masih berpandukan silibus). Melihat anak-anak hari ini saya conclude pendekatan terhadap mereka tidak sama seperti kita dulu. Ada waktunya saya follow the flow tetapi kena twist sikit agar pada masa yang sama mereka serap apa yang diajar. 



Day to day, diri dah mula boleh adapt. Tetapi akan ada setiap hari cabaran-cabaran baru. Somehow, mengingatkan saya tentang kita masa kecil-kecil dulu. About the learning process. Kena banyak mistakes barulah tersedar. 



Talk about field trip? Haha, memang tak menang tangan bila bawa mereka keluar. Pada saya benda biasalah kalau budak-budak ini teruja. Saya pun suka tengok mereka ketawa sebab mereka tidak tahu bahawa childhood ini tak akan kembali lagi sebenarnya. 

Suatu waktu saya pernah soal diri sendiri, kenapa Tuhan campakkan saya dalam bidang yang tak pernah terfikir pun untuk duduk lebih dari dua tahun. Tetapi bila dikenangkan semula, di sinilah saya banyak betulkan kembali diri sendiri. 



Bila dikelilingi kanak-kanak yang masih naif dan mentah, saya rasa sedikit sebanyak telah mengubah perspektif tentang hidup. Contohnya menghargai. Saya lukis monster dan ultraman ini. Dua minggu kemudian bila saya kemas beg, tengok masih ada elok tersimpan di celah buku nota. Katanya sayang nak warnakan. 

Ada waktu bila di tadika awak akan automatik jadi penenang dan pereda bila ada yang mula tantrum dan tak selesa. Ini sifat semulajadi kanak-kanak. Maka saya pun menggunakan segala taktik dan helah untuk menenangkan keadaan. Susah juga kalau mood mereka tak kena. 



Dan moment yang paling manis bila tiba hujung tahun, tentulah kepuasan bila tengok anak murid graduate dan itu jugalah moment paling menyedihkan juga sebenarnya. Umpama awak hilang rakan karib yang ramai sekaligus. 

Dan waktu tak pernah menghilang apa pun daripada sebahagian diri kita. Cuma kita bergerak terlalu pantas mengejar impian-impian yang tak selesai sehingga terlupa waktu kecil adalah waktu paling indah dan tiada gantinya. 



Disebabkan profesion ini jugalah membuatkan saya rasa terhutang budi pada guru-guru yang penuh sabar mengenalkan kita apa itu A B C dan 1 2 3. Dan semenjak itu saya nekad akan sedekahkan Al-Fatihah kepada guru-guru dan mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. 



Itu saja sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan. Semoga dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan di luar sana tidak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun. Yang terpenting adalah niat, passion, kejujuran dan keikhlasan ketika melaksanakan satu-satu pekerjaan. 

Semoga Allah membuka jalan kepada kita terhadap apa pun kesukaran yang kita hadapi sebelum ini. Maka dengan itu kita pula selayaknya mensyukuri setiap detik yang telah dilalui walau ada pahit maungnya. Bertahanlah!



Aku pernah kata pada mak:

"Abang memang tak ada bakat sangat dalam akademik. Nak bagi mak tengok abang pakai topi ijazah pun tak boleh tetapi InshaAllah kerja ini boleh bantu buat mak senyum sebab tengok anak murid graduate, hasil usaha abang sendiri.." 

Sekian saja kali ini. Salam maaf jika tersalah atau terkecil hati. Selamat menunaikan ibadah kerja untuk semua. 

Sumber: Adinata Gus
loading...

Artikel Terkait

'Malu tak malu jugalah bila orang persoalkan kenapa kerja jadi guru taska' - Lelaki ini kongsi pengalaman jadi guru taska beri inspirasi kepada anak muda
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email