Wednesday, October 11, 2017

Ibu lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang


MIRI - Polis hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ibu disyaki melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan masalah hutang, di Lawas, Limbang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata tangkapan pertama dilakukan pada 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas melibatkan suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa.

"Tangkapan kedua pada 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia 45 tahun yang juga  pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas," katanya dalam kenyataan.

Dev berkata polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa  merogol remaja perempuan itu.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah membuat laporan di Balai Polis Lawas pada 10.55 pagi tadi, dengan bantuan ketua kampung tempat mangsa tinggal.

"Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya," katanya.

Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas.

“Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke seorang wanita berusia 45 tahun  dan kejadian berlaku pada April 2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya tiga kali di sebuah bilik di hotel tersebut," katanya.

Beliau berkata mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada  ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya. - Bernama
loading...

Artikel Terkait

Ibu lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

1 comments:

October 11, 2017 at 2:37 PM delete


Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

Reply
avatar