Tuesday, October 10, 2017

Hati-hati bila masukkan nombor PIN kad kredit, elak terbayar dua kali


Jika anda biasa menggunakan kad kredit atau kad debit untuk membuat pembayaran, anda dinasihatkan untuk memerhatikan skrin mesin pembayaran sebelum menekan nombor pengenalan peribadi (PIN) anda. Jika tidak, anda mungkin dikenakan 'bayaran tambahan' tanpa sedar. 

Lapor The Star, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang pelanggan restoran telah menekan nombor PIN tanpa melihat pada skrin mesin pembayaran. 

"Juruwang itu kata transaksi tidak dapat dilakukan dan dia meminta saya untuk memasukkan nombor PIN sekali lagi. 

"Rupa-rupanya sebelum skrin meminta nombor PIN itu, terdapat skrin yang bertanya berapa banyak 'tip' yang saya berikan kepada mereka. 

"Nombor PIN saya itu akan menjadi amaun tip tersebut dan akhirnya saya terbayar harga makanan dua kali ganda tanpa disedari," kata individu berkenaan dalam sebuah mesej yang tersebar di media sosial. 

Bagaimanapun, juruwang terbabit telah memulangkan wangnya dalam bentuk tunai dan mangsa memuat naik insiden itu di media sosial bagi agar orang ramai berhati-hati supaya tidak menjaya mangsa seterusnya. 

Sementara itu, peguam, Jonathan Looi, 28, berkata, dia hampir membayar tip berjumlah ribuan ringgit pada sebuah restoran apabila dia menekan nombor PIN, namun tersedar ada sesuatu yang tidak kena. 

"Saya bernasib baik dan sedar lebih awal sebelum menekan butang pengesahan bayaran," katanya. 

"Saya rasa mesin kadk redit itu telah diprogram seperti itu tetapi kakitangan restoran sepatutnya memaklumkan kepada saya mengenai ciri-ciri tersebut. 

"Tetapi juruwang berkenaan hanya menghulurkan kepada saya mesin itu tanpa berkata apa-apa. Jadi saya menyangka ia hanya prosedur biasa di mana saya perlu menekan nombor PIN dan tekan butang pengesahan bayaran," katanya lagi. 

Menurut Looi, sejak dari insiden yang berlaku sekitar dua bulan yang lalu, dia akan melihat paparan di skrin terlebih dahulu sebelum menekan butang PIN. 

"Saya rasa orang ramai perlu dimaklumkan mengenai perkara ini kerana kebiasaannya kita tidak memerhatikan paparan di skrin mesin bayaran tersebut," katanya. 

Seorang penolong pengurus di sebuah restoran steamboat di Pulau Pinang berkata, restorannya telah menghadapi masalah tersebut sejak dua bulan lalu semenjak pihak bank menaik taraf mesin pembayaran kad kredit mereka. 

"Baru-baru ini, pihak bank telah mengubah mesin bayaran tersebut dan sejak dari itu kami terpaksa menekan butang 'enter' sehingga kami nampak paparan pembayaran di skrin mesin itu. 

"Kemudian kami serahkan mesin itu kepada pelanggan untuk memasukkan nombor PIN mereka untuk membuat pembayaran. 

"Setakat ini, kami belum mengalami transaksi di mana jumlah tip yang salah telah diberikan. Kami telah memberi taklimat kepada semua kakitangan kami untuk memastikan mereka menekan butang 'enter' untuk melangkau ciri-ciri itu," katanya. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M Mohamed Idris berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu memperbetulkan masalah itu. 

"Pihak bank perlu membuat pengumuman bagi memastikan pengguna menyedari masalah terbaru ini," katanya. 
loading...

Artikel Terkait

Hati-hati bila masukkan nombor PIN kad kredit, elak terbayar dua kali
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

1 comments:

October 11, 2017 at 2:36 PM delete


Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

Reply
avatar