Monday, October 9, 2017

15 cedera terkena letupan belon berisi gas mudah terbakar


INDIA - Sebuah majlis umum menjadi huru hara apabila berpuluh-puluh belon tiba-tiba meletup dan terbakar sehingga mencederakan lima belas orang pengunjung, lapor Daily Mail. 

Rakaman video salah seorang pengunjung majlis itu yang dirakam pada jam 5.30 petang menunjukkan, lima guru dan sepuluh pelajar memegang sejumlah besar belon berwarna hijau dan putih di pesta tahunan di Allen Career Institute di Chandigarh, utara India. 



Di atas pentas, di tengah-tengah muzik yang kuat dan di hadapan orang ramai, sebanyak 150 biji belon yang berisi gas acetylene itu tiba-tiba meletup dan menjadi bebola api yang besar menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ketakutan. 

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital dan Kolej Perubatan Kerajaan, namun kesemuanya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. 

Pihak institut berkenaan bagaimanapun masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan kepada media mengenai kejadian tersebut. 

Menurut sebuah portal berita tempatan, punca kejadian itu berlaku apabila salah satu dari belon tersebut yang mengandungi gas mudah terbakar secara tidak sengaja tersentuh mentol lampu yang panas. 



Polis berkata, kesemua mangsa yang cedera dan terjejas masih belum membuat sebarang laporan polis terhadap penganjur. 

"Belum ada mangsa yang tampil membuat laporan. Kami masih mempertimbangan tindakan yang akan dikenakan mengikut keperluan," katanya. 

Tidak dijelaskan mengapa belon-belon itu diisi dengan gas acetylene untuk membuatkannya terapung berbanding gas helium yang biasa digunakan.

loading...

Artikel Terkait

15 cedera terkena letupan belon berisi gas mudah terbakar
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

1 comments:

October 11, 2017 at 2:33 PM delete


Mohon maaf sebelumnya. terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak sm suami di tinggal di kampung. Sy sudah 5 tahun tinggal di Macau Hkg. Cuman gali lobang tutup lobang pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Togel saja, karna di dekat rumah majikan sy ada bandar nya. alhamdulillah ternyata benar2 tembus 6D dapat Hk$ 485.000 Hongkong selama 3X putarang, skrg sy bsa balik ke indo.. ya allah terima kasih rejekimu ini walaupun cuma melalui jalan Togel. siapa tau ada teman sesama TKI atau TKW yg pengen cepat merubah nasib seperti sy hubungi saja beliau di. +62 82354640471 atau 082354640471 karna sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di negri orang. semoga anda cocok sm beliau seperti sy. Trmksh...

Reply
avatar