Thursday, May 25, 2017

Kerana Gambar Seragam Seksi Jadi Viral, Jururawat Di Thailand Ini Terpaksa Letak Jawatan


Ada sesuatu perkara yang bila menjadi viral mendatangkan kebaikan dan sesetengah perkara juga mendatangkan keburukan. Bagi seorang jururawat di Thailand, gambar beliau berpakaian seragam jururawat yang dikatakan 'terlalu seksi' sehinggakan beliau terpaksa meletak jawatan kerana tidak disenangi oleh pihak pengurusan. 

Parichat 'Pang' Chatsri,26 mengenakan seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mencetuskan komen negatif di media sosial selepas gambarnya itu tersebar di laman web Thai Nurse Lovers Association. 

Ada netizen mengecam gadis itu telah mencalarkan profesion jururawat dengan berpakaian tidak sopan.Gadis tersebut telah meminta maaf secara terbuka dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah serta bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

“Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital.

“Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.

“Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta hospital,” - www.kakishare.my
loading...

Artikel Terkait

Kerana Gambar Seragam Seksi Jadi Viral, Jururawat Di Thailand Ini Terpaksa Letak Jawatan
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email