Wednesday, May 24, 2017

Doktor Cun Tolong Mat Moto Cetus Bualan Hangat Netizen


Walaupun mat rempit sering dipandang serong oleh masyarakat, namun mereka tetap manusia biasa yang wajar dibantu ketika terbabit dalam kemalangan. 

Ini dibuktikan apabila seorang doktor wanita sanggup memberhentikan keretanya untuk memberi bantuan kecemasan apabila seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan. 

Doktor tersebut dipuji atas keprihatinannya malah mendapat pujian netizen kerana sudi tampil membantu pemuda tersebut. Kisah doktor tersebut menjadi bualan netizen apabila rakan mangsa, Muhammad Aizuddin yang berada di tempat kejadian memuat naik status di Facebook memberi penghargaan kepada doktor berkenaan. 

"'Respect' kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap 'tak apa, saya tunggu ambulans sampai'.
"Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. 'Gentle' gua respect,"

Walaupun dipuji netizen, ada sesetengah pengguna mendakwa status yang dimuat naik Aizuddin itu berbaur perkauman dan sengaja memburukkan bangsa sendiri kerana ingin menjadikan status tersebut viral di media sosial. 

Namun, Aizuddin tampil menjelaskan niat sebenar beliau itu. 

"Kepada akak-akak dan abang-abang yang cakap saya main isu perkauman tu, first of all saya memang mat rempit, kedua saya tak main isu perkauman pun. Saya cuma nak selidik jika doktor Melayu apa respon," tulisnya.

Beliau turut meminta maaf jika postingnya itu membuatkan ada pihak yang tersalah tafsir atau terasa hati.

Apa yang pasti, tindakan profesional doktor wanita itu yang tidak memilih-memilih dalam menghulurkan bantuan wajar dicontohi semua rakyat Malaysia. - www.kakishare.my

loading...

Artikel Terkait

Doktor Cun Tolong Mat Moto Cetus Bualan Hangat Netizen
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email