Thursday, February 23, 2017

Carilah Pengasuh Yang Sayang Anak-Anak, Bukan Untuk Duit


Assalammualaikum semua. Saya terpanggil membuat luahan ini setelah membaca confession tentang “Pengasuh yang didera”. Tujuan saya hanyalah untuk meluahkan perasaan dan memohon pandangan dan pendapat pembaca sekalian terutama yang sudah bergelar ibu bapa.

Saya dan suami merupakan penjawat awam yang berlainan bidang dan kami bertugas di selatan tanah air. Oleh kerana kami berdua bekerja, maka terpaksalah kami menghantar anak2 kepada pengasuh. Saya mempunyai 2 orang anak yang sulung berumur 4 tahun dan yang kedua berumur 6 bulan. Saya mula menghantar anak sulung saya kepada pengasuh setelah berusia 3bulan.

Saya namakan pengasuh Kak Yaya ye. Mulanya kak yaya beritahu cara dia mengasuh ialah bedung anak dan bagi tidur dalam buaian. Saya sebenarnya kalau boleh mahu ajar anak tidur di bawah saja. Tapi oleh kerana ingin mudahkan kerja kak yaya, saya tak kisah dan anggap anak2 tidur buai tapi di rumah boleh latih tidur di atas bawah saja. Alhamdulillah anak2 ok saja tidur di dalam buai atau di bawah. Jadi pada saya xada masalah anak tidur di dalam buai bila berada di rumah kak yaya.

Masalah bermula apabila kak yaya sentiasa tidurkan anak2 saya di dalam buai. Dan anak kedua saya sering meragam di rumah. Mungkin puas tidur di runah pengasuh. Sehingga ada kala saya dan suami agak letih. Tapi jika waktu cuti yang panjang atau hujung minggu, anak tidak meragam di rumah. Setiap kali saya call dan msg kak yaya, anak2 sedang tidur. 

Bila ditanya xbangun dari pagi ke? Jawabnya ya. Bayangkan anak saya tidur dari awal pagi hingga tengah hari. Baru mandi dan makan. Tidak mandi pagi dan sarapan. Tapi saya masih boleh positif. Saya dan suami ambil inisiatif bangun pagi masak makanan dan mandikan anak2 sebelum dihantar ke rumah kak yaya. Saya akan pastikan anak saya makan terlebih dahulu di rumah sebelum hantar ke rumah kak yaya. Lewat pun lewatlah ke tempat kerja. 

Asalkan anak tidak lapar. Memang sudah jadi kebiasaan sampai sahaja ke rumah kak yaya anak saya akan tidur hingga tengah hari. Untuk makluman, saya tidak pernah gagal untuk menukar pampers anak pagi2 sebelum di hantar ke rumah pengasuh. Memang kecuali anak betul2 berak semasa dalam perjalanan saja pampers kotor dan tidak pernah lagi saya hantar kepadanya dalam keadaan pampers penuh.

Bekal juga diberikan kepada anak kerana memang kak yaya berpesan supaya bawa makanan untuk anak saya. Tetapi apa yang dikesalkan, tengah hari baru makanan disuapkan kepada anak. Ntah macam mana keadaan bekal anak saya. Lepas makan, ditidurkan semula dalam keadaan dibedung. Tidur hingga saya datang mengambilnya kerana kak yaya menggunakan buaian elektrik. 

(Saya pernah tanya kak yaya jika anak saya tidur, suis ini akan ditutup atau dibiarkan. Jawabnya dibiarkan sehingga anak terjaga semula). Pernah saya berpesan supaya anak tidak dibedung dan tutup suis jika anak tidur. Dia hanya diam. Jika lewat petang, tidurlah mereka hingga ke petang. Mandi sekali sahaja jika sampai lewat petang sekalipun. Saya pernah tegur kak yaya untuk mandikan anak saya pagi lebih kurang pukul 8 atau 9. Tapi katanya budak2 tidak elok mandi waktu pagi. Ok saya cuba terima. Sebab tu saya dan suami ambil inisiatif mandikan anak sebelum hantar ke sana. Kerana tidak sanggup anak mandi tengah hari. Jika diri kita sendiri pasti tidak selesa. Tambahan pula dibedung di dalam buaian dengan peluhnya lagi.

Lagi sedih apabila datang mengambil anak. Anak baru bangun tidur dalam keadaan sangat tidak terurus. Mulut masih bersisa biskut yang mungkin di makan sebelum tidur. Rambut kusut masai. Sedih bila anak dihantar dalam keadaan bersih, diambil dalam keadaan comot. Saya tak tahu mengapa saya masih boleh berfikiran positif lagi pada waktu itu. Masih berfikir tak mengapalah asal tidak menyusahkan kak yaya. Biarlah anak saya tidur.

Tapi sejak saya hantar anak saya yang berusia 6 bulan ini, saya mula rasa terkilan dengan layanan kak yaya terhadap anak2 saya. Bayaran untuk kedua anak saya agak tinggi tapi tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya. Anak2 saya hanya mandi dan makan pada tengah hari, kemudian tidur hingga saya datang ambil. Tiada masa bermain. Pernah juga semasa datang mengambil anak, saya sendiri keluarkan anak dari buaian dan membuka bedung. Ikatan bedung sangat kuat hingga berbekas2 pada badan anak. Apa yang merisaukan, anak saya sedang membesar tetapi waktu siangnya hanya dipenuhi dengan tidur dalam keadaan di bedung.

Sekarang saya dan suami bercadang mencari pengasuh yang baru dan menyayangi anak2 kami seperti anak mereka sendiri. Sehingga kini saya masih berasa bersalah terhadap anak sulung yang sudah lama melalui hari2 yg tidak selesa di rumah pengasuh. Kepada ibu bapa semua, carilah pengasuh yang betul2 menyayangi anak2 bukan hanya mengasuh untuk mendapatkan duit semata2. Sekian, terima kasih.
loading...

Artikel Terkait

Carilah Pengasuh Yang Sayang Anak-Anak, Bukan Untuk Duit
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email