Sunday, May 12, 2019

'Tiba-tiba dia potong line, terus tarik tangan budak itu masuk ke simpang lain' - Saksi dakwa berlaku cubaan menculik di bazar ramadan


Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak-anak apabila membawa mereka berkunjung ke bazar ramadan. Ini kerana, viral di media sosial yang mendakwa cubaan seorang lelaki menculik seorang kanak-kanak perempuan tanpa disedari oleh ibunya. 

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasinya itu, individu terbabit mendakwa perkara itu berlaku di depan matanya sendiri. Namun kanak-kanak itu bernasib baik kerana Tuhan masih melindunginya. 

SALAM, minta pesan-pesankanlah kepada ibu bapa yang membawa anak pergi ke bazar ramadhan terutamanya yang bazarnya sesak. Tolong perhatikan dan pegang anak anda sebaiknya. 

Kejadian ini berlaku semalam di bazar ramadhan dan di depan mata saya sendiri. Agak menakutkan juga benda begii. Keadaan bazar pada waktu itu memang sesak dan padat terutamanya dalam waktu hampir berbuka. Masa itu saya sedang bersesak nak membeli juadah.

Di depan saya ada seorang akak yang sedang mendukung bayi dan anak perempuan seorang mengikutnya dari belakang. Akak ini tangannya dah penuh, tangan satu lagi mendukung anak. Jadi tak dapat dia nak pegang tangan anak perempuannya.

So berjalanlah perlahan-lahan menghadap kesesakan dalam bazar itu. Bila sampai di satu persimpangan dalam bazar itu, ada seorang lelaki tiba-tiba memotong line di depan saya dan terus menarik tangan anak perempuan akak itu tadi dan nak bawa budak itu masuk ke simpang lain. 

Nak kira bernasib baik akak itu apabila lelak itu terlanggar orang lain masa dia nak tarik budak itu. Kemudian akak itu berpusing ke belakang, terus lelaki tadi lepaskan anak dia dan mencelah laju-laju mengikut simpang lain. 

Akak itu pandang ke belakang, tengok anak dia tak ada. Toleh ke tepi, baru ada. Tapi akak itu tak tahu pun anak dia kena tarik lelaki tadi. Cuma dia berpusing belakang waktu lelaki itu terlanggaro rang. Bukan masa anak dia ditarik. Nasib baik pada masa itu saya tengah pandang ke depan. Jadi saya perasanlah, cuma saya jadi beku jap nak proses situasi itu. 

Kalau saya pandang makanan di bazar, memang takkan sedarlah kalau benda ini terjadi. Kalau lelaki itu tak berlanggar dengan orang, memang saya akan cuba tolong budak itu. Tapi nasib baik sangatlah tak sempat apa-apa, budak itu selamat. 

Kejadian ini berlaku dengan pantas. Sampai simpang, lelaki itu terus tarik tangan budak itu masuk simpang tepi. Si mak jalan terus tak tahu apa pun yang terjadi. Nampak macam lelaki itu sudah lama memerhatikan akak itu. Cuma tunggu masa saja nak buat kerja. 

Saya pun tak pasti apa yang berlaku. Dah cuba bersangka baik tetapi tetap rasa memang berlaku cubaan menculik budak. Tuhan sahaja yang tahu niat manusia. 

Makanya, berhati-hatilah. Dalam keadaan bersesak orang dalam bazar dengan panasnya kadang kita menjadi tidak peka. Semoga kita semua terhindar dari perkara buruk dan perbuatan aniaya. InshaAllah.

loading...

Artikel Terkait

'Tiba-tiba dia potong line, terus tarik tangan budak itu masuk ke simpang lain' - Saksi dakwa berlaku cubaan menculik di bazar ramadan
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email