Wednesday, May 15, 2019

'Saya silap, saya masih sayangkan isteri & ingin hidup bersamanya' - Lafaz cerai Abu terhadap Ain 'Afini tidak sah


Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar hari ini mensabitkan talak yang dilafazkan oleh bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain 'Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah. 

Keputusan itu dibuat selepas Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia tidak berniat untuk bercerai ketika menghantar mesej tersebut. 

Terdahulu, Ain 'Afini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Klang bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos 2018, berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019, sebelum kembali rujuk sebulan selepas itu. 

Namun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain 'Afini sekali lagi menerima lafaz cerai dari Abu dari mesej di WhatsApp yang meninggalkannya di rumah selama seminggu. Selain itu, Ain 'Afini juga menerima permintaan dari Abu yang meminta dia memudahkan semua urusan perceraian. 

Bagaimanapun hari ini Abu memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan bertindak demikian kerana faktor keadaan yang memaksanya. 

Hakim: Kamu ada taip WhatsApp tersebut?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar

Hakim: Adakah kamu dipaksa?

Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa

Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?

Abu Sufyan: Tiada

Hakim: Kamu ada niat untuk menceraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk menceraikannya

Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?

Abu Sufyan: Tidak ada

Hakim: Kami sanggup bersumpah?

Abu Sufyan: Iya.

"Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. 

"Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Hakim Nurulazhar sebelum itu menolak permohonan Abu yang meminta media dan orang awam berada di dalam mahkamah agar tidak mendengar kes perbicaraannya kerana isu sensitif dan mengaibkan. 

Sementara itu, Ain 'Afini yang dijangka bersalin pada 10 Julai depan menangis teresak-esak selepas mahkamah membuat keputusan itu, sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh kedua ibu bapa dan keluarganya.

loading...

Artikel Terkait

'Saya silap, saya masih sayangkan isteri & ingin hidup bersamanya' - Lafaz cerai Abu terhadap Ain 'Afini tidak sah
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email