Wednesday, May 15, 2019

'Bang, ada kucing bawah kereta' - Awas! Jangan terperdaya, ini taktik penjenayah nak curi kereta anda


Kejadian jenayah kini semakin berleluasa tidak mengira tempat dan keadaan. Pelbagai taktik yang digunakan oleh penjenayah untuk mengaburi mangsa dan untuk itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Lelaki ini mendakwa, dia hampir disamun ketika memandu dari Gombak menuju ke Sri Gombak. Dalam kejadian jam 8 pagi itu di persimpangan lampu isyarat yang masih merah, dia didatangi seorang lelaki India berpura-pura memeriksa bawah keretanya. Lelaki India ini memintanya tidak meneruskan pemanduan kerana bimbang dia akan melanggar seekor anak kucing. Tetapi lelaki ini tidak mengendahkan dan meneruskan perjalanan.

HAMPIR kena samun. Masa aku drive dari Gombak menghala ke Sri Gombak, traffic light tengah merah. Datang sebuah kereta Mercedes grey (unable to get plate number) one indian guy datang ke arah aku. Lepas tu buat-buat check bawah kereta. Aku pun tak selesa la sebab dia check sampai bawah kereta.

Then dia datang ke arah kereta dan inform dekat aku bahawa ada anak kucing di bawah kereta. Masa tu aku terus lock kereta sebab kereta aku bukan jenis autolock. Aku pun bukalah tingkap dalam 2 ke 3 jari macam tu.

Mata aku memang suka pandang sekeliling. Even driving pun. Masa itu aku tengok cermin sisi, ada 2 orang lagi lelaki dalam kereta dan seorang itu dah keluar dari kereta. Tapi dia keluar menghala ke bonet belakang kereta diorang sambil mata aku tengok cermin sisi sebelah kiri. 

Aku perhatikan juga lelaki di sebelah cermin aku ini, takut dia nak buat apa-apa. Tapi nasib baik aku dah lock kereta tadi. Selepas tu dia tak bagi weh aku jalan sebab takut langgar anak kucing itu. Kau bayangkan eh. Dia baru sampai belakang aku. Lepas tu, dia terus keluar dari kereta. Bila masa dia nampak kucing bawah kereta aku? Siap beritahu aku, dia dah cuba halau kucing itu.

Seram sial, kalau kawan dia dah keluar parang tadi. Aku pun terus jalanlah. Aku pandang-pandang jugalah kereta itu dari belakang. Last-last dia hilang susur keluar menghala ke tempat lain.

Aku suspect modus operasi dia, bila aku keluar kereta and check anak kucing bawah kereta, dia boleh terus masuk kereta and bawa lari kereta aku. 

So aku just nak beritahu. Please and please remind anyone yang driving. Please lock your door and don't talk with anyone yang tahan kereta you tiba-tiba apatah lagi during lampu merah.

Itu saja aku nak share, thanks sudi baca thread aku. Mentions, boleh bantu untuk alert yang duduk dekat Gombak.

Sumber: BangNash
loading...

Artikel Terkait

'Bang, ada kucing bawah kereta' - Awas! Jangan terperdaya, ini taktik penjenayah nak curi kereta anda
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email