Susulan viral kes pelajar ditampar oleh pelajar seniornya dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Klang, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
"Polis sudah buka kertas siasatan. Ia berkisar dari latihan kawad yang berlebihan kerana hendak kawad yang mantap, tetapi tidak diikuti peraturan atau arahan itu.
"Mungkin dia (pelajar senior) bertindak di luar batasan dan polis akan siasat mengikut laporan yang diterima.
"Apabila selesai siasatan serta bukti mencukupi, pelakunya akan didakwa di mahkamah kelak," katanya.
Dalam klip video yang viral di media sosial semalam, mangsa ditampar oleh pelajar lain sambil disaksikan oleh rakannya ketika mengadakan latihan kawad.
Menurut kakak kepada pelajar berbaju hitam itu menjelaskan, adiknya meminta pelajar berkenaan memperbetulkan caranya berdiri, namun tidak menyangka rakannya berbaju putih bertindak kasar.
"Adik saya buat tangan macam tu sebab suruh stop command. Sebab itu bukan cara guna suatra perut dan dia suruh betulkan cara berdiri.
"Yang bertindak ganas secara mengejut itu adalah budak lelaki berbaju putih. Adik saya sendiri terkejut dia boleh buat macam tu," katanya.
loading...
Polis buka kertas siasatan, pelajar senior terbabit bakal didakwa
4/
5
Oleh
Hamba Allah