Sebanyak 246 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatatkan di Labuan dari Januari hingga pertengahan Jun tahun ini dengan dua tadika dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak diarahkan tutup, lapor Bernama.
Jabatan Kesihatan Labuan dalam kenyataannya memaklumkan, berlaku peningkatan jumlah kes tersebut di wilayah itu berbanding 212 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Sebanyak 23 kes HFDM direkodkan dari 7 hingga 14 Julai lalu dan menyebabkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang terjejas terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak masing-masing.
Sementara itu di Perak juga mencatatkan peningkatan kes HFMD hampir di semua daerah sejak awal Julai lalu.
Menurut Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan berkata, bagi tempoh 8 hingga 14 Julai lalu, sebanyak 158 kes telah dilaporkan berbanding 106 kes pada minggu sebelumnya.
"Secara kumulatif, kes HFMD dari minggu pertama hingga kini adalah sebanyak 2,465 kes, meningkat hampir 100 peratus berbanding 1,256 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.
"Sebab yang tepat untuk kenaikan semasa ini sedang dikaji," katanya.
Justeru, ibu bapa dinasihatkan mengajar anak-anak untuk menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun bagi mengurangkan kemungkinan dijangkiti dan menyebarkan HFMD.
loading...
Labuan, Perak catat peningkatan kes HFMD
4/
5
Oleh
Hamba Allah