Ahli Parlimen PAS dan Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda tidak berpuas hati dengan perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker baharu, lapor Harian Metro.
Ahli Parlimen yang memulakan bantahan tersebut adalah Datuk Takiyyudin Hassan yang meminta point of order. Beliau mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat perlantikan itu tidak mengikut syarat.
Tegasnya, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Speaker dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang.
Berikutan itu, Dewan Rakyat menjadi kecoh dan hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dari dewan kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan itu.
Hanya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman kekal di tempat dan tidak menuyertai gerombolan berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu langsung tidak memberikan kesan terhadap perlantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
Ketika kekecohan itu berlaku, Tun Dr Mahathir tidak menghiraukan bantahan tersebut dan terus membaca usul perlantikan Mohamad Ariff sebagai calon Speaker.
Mohamad Ariff terus dimasyhurkan sebagai Speaker diikuti majlis mengangkat sumpah.
loading...
Hari pertama, Dewan Rakyat kecoh!
4/
5
Oleh
Hamba Allah