Baru-baru ini The Reporter telah menyiarkan status seorang wanita yang terkejut melihat lukisan pelajar sekolah rendah yang berbaur lucah. Hal ini terjadi apabila anak-anak kecil terlalu didedahkan dengan gajet tanpa pemantauan oleh ibu bapa. Bukan itu sahaja, sikap ibu bapa itu sendiri tidak memainkan peranan di dalam mendidik anak-anak menyebabkan faktor ini berlaku.
Kali ini, satu perkongsian yang mengejutkan pula dari Sri A'jilah Mohd Samsir mengenai isu yang berkaitan. Beliau menceritakan seorang pelajar perempuan yang berumur 6 tahun secara tiba-tiba berubah perwatakan.
Apabila diselidiki, dia banyak menghabiskan masanya dengan gajet daripada bermain dengan kawan-kawan sekolah. Apa yang mengejutkan, pelajar tersebut menonton video pornografi! Paling memalukan, apabila disoal, si ayah pernah melakukan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Si ibu? Hanya bersikap sambil lewa.
BERDEGUP kencang jantung ni dibuatnya. Apa taknya, kalau melibatkan budak bawah umur 7 tahun, memang rasa kesian. Rasa nak marah. Mereka ini kecil lagi, tak tahu apa-apa, naif dan kebanyakannya memang ikut saja apa yang dia nampak, ikut saja apa yang orang sekeliling dia buat.
Kisah kali ini melibatkan budak perempuan umur 6 tahun. Ye, budak sekolah tadika. Budak ini menunjukkan sikap yang sangat berbeza dari mula-mula dia mendaftar dulu. Budaknya peramah sangat, rajin menolong cikgu dan pandai bergaul dengan kawan-kawan.
Tetapi, seminggu dua ini dia nampak lain. Lebih banyak buat hal sendiri dan tak nak bercakap sangat. Dia lebih suka duduk seorang-seorang sambil bawa beg ke hulur ke hilir. Pelik! Bila suruh tinggalkan beg, dia akan menangis meraung-raung.
Seorang guru cuba untuk tanya apa yang berlaku. Dia peluk beg dia kuat-kuat. Bila cikgu cuba nak minta beg dia, dia meraung macam kena histeria, macam kena pukul.
Waktu rehat, budak ni dah jarang makan. Makan sikit saja dan selepas itu dia terus buka beg. Mata dia tak bergerak-gerak dan dia boleh habiskan waktu rehat tu dengan hanya merenung isi dalam beg.
Sampailah satu hari, seorang guru ternampak dia buka zip beg sekolah. Tahu tak apa yang dia bawa? Handphone! Dan dia siap tengok cerita dari handphone tu. Yang menyedihkan, cerita tu bukan cerita kartun Didi and Friends, Boboiboy, atau pun Upin Ipin tetapi video pornografi! Berderau sungguh.
Budak ini tak perasaan yang tindak tanduk dia sedang diperhatikan. Dia khusyuk tengok adegan dalam handphone tu sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.
Cikgu syak yang budak ni dah ketagih (berdasarkan beberapa soalan yang ditanya). Ketagih menonton aksi pornografi seawal usia 6 tahun!
Budak ini kata, dia pernah tengok video ini di rumah dengan ayah. "Ayah masukkan tangan dalam kain sambil pegang sini (tunjuk ke arah kemaluan). Si ayah yang sepatutnya jadi tempat untuk anak berlindung, sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Entah apa lagi yang dibuatnya pada si anak.
Ibu bapa dia diminta datang untuk bincangkan masalah ni. Tapi, hanya si ibu yang muncul. Datang dengan muka mencuka.
"Puan, kami jumpa handphone ni dalam beg anak puan dan ini bukan kali pertama dia bawa. Maaf ye puan, kami ambil handphone ini dari anak puan sebab kami nampak dia tengok video lucah dalam ini. Ada lebih kurang 10 video semuanya. Anak puan beritahu, dia pernah tengok video ini dengan ayah dia."
Pihak tadika cuba jelaskan pada si ibu. Si ibu pula dengan selamber je beritahu yang handphone itu memang milik si ayah dan dia juga tahu dalam handphone itu ada video lucah yang disimpan oleh si ayah.
"Boleh tak pulangkan handphone itu kepada saya? Ingatkan handphone ini hilang. Takpelah, pasal anak saya tu, nanti saya cakap dengan dia. Budak kecil kan, bukan tahu apa-apa, bukan faham pun. Takkanlah ayah dia ajak dia tengok video ni."
Mudahnya lahai jawapan si ibu. Ketagih menonton video lucah seawal 6 tahun bukan perkara remeh tau! Memanglah budak tak tahu apa-apa, tapi budak zaman sekarang ini otak dia bijak. Kadang-kadang, kita rasa dia tak faham tetapi sebenarnya dia simpan semua itu dalam otak dia.
Ibu ayah, tolonglah jangan ambil mudah. Kita perlu ajar anak-anak tentang 'private parts' tapi bukan melalui video seperti ini. Kaum ibu terutamanya, kita ada tugas besar yang perlu kita buat. Selalu bertanya, selalu bercakap, selalu ambil tahu, apa yang anak-anak kita buat, apa yang anak-anak kita tengok. Cuba jadikan anak kita rasa selesa untuk bercerita apa pun dengan kita. Ambil berat setiap apa yang anak-anak beritahu.
Paling penting, mesti ajar anak kita bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh siapa pun. Jom jadi ibu bapa yang melindungi, bukan yang merosakkan.
Sumber: Sri A'jilah Mohd Samsir
BERITA BERKAITAN:
loading...
'Bila cuba nak minta beg, dia meraung macam kena histeria' - Guru terkejut murid tadika layan video lucah dalam beg
4/
5
Oleh
Hamba Allah