Sunday, July 15, 2018

Bangla cabul budak perempuan 7 tahun


Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan selepas dia dipercayai telah mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, lapor Harian Metro

Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya pada 5 Julai lalu di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, waktu sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan. Tetapi berdasarkan maklumat dari mangsa, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam dua petang, 5 Julai lalu. 

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bermain di sekitar kawasan rumah sewa suspek iaitu kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya. Pada waktu kejadian, ibu mangsa berkerja manakala mangsa dijaga ibu saudaranya.

“Ketika bermain dan makan buah-buahan di kawasan rumah suspek, mangsa dipercayai diajak masuk ke dalam rumah lalu suspek mencabul dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa,” katanya. 

Difahamkan, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya pada Khamis lalu sebelum membuat laporan polis pada keesokan harinya dan mangsa juga menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka pada jam 6 petang. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan tusukan pada kemaluan dan dubur mangsa. 

Ekoran kejadian itu, sepasukan anggota polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai penjual daging.

Suspek kali terakhir pulang ke negara asalnya pada Jun lalu dan direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
loading...

Artikel Terkait

Bangla cabul budak perempuan 7 tahun
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email