AUSTRALIA - Fasha Sandha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha, hari ini mengeluarkan kenyataan akhbarnya lebih awal melalui akaun Instagram menegaskan bahawa beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan mana-mana pihak ketiga yang telah memalukannya.
Terdahulu, Fasha enggan memberi sebarang kenyataan kerana masih bercuti di luar negara dan hanya akan menjawab semua persoalan media sekembalinya 18 Mei nanti.
Fasha menjelaskan, beliau faham yang pihak penganjur, Glass Go Media telah memohon maaf kepadannya tetapi tindakan undang-undang tetap akan diambil kerana telah memalukannya.
"Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman Instagram saya dan hanya berkongsi perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam itu," tegas Fasha.
"Jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.
"Laman Instagram saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya.
Fasha berkata, beliau akan mengambil tindakan saman malu terhadap mana-mana pihak yang menyatakan beliau telah memfitnah dengan memburukkan dan mencemarkan jenama pihak beerkenaan, malah tidak gentar untuk berdepan dengan perkara itu.
"Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi tidak berjaya," katanya.
Dalam kenyataan itu, Fasha menganggap tindakan pihak ketiga sebagai tindakan kurang matang dan enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini dan menyerahkan sepenuhnya tindakan lanjut kepada peguamnya.
Artikel berkaitan:
- Nora Danish failkan saman terhadap Fasha Sandha
- Isu Nora & Fasha hanya salah faham sahaja, tiada halau dan tarik diri - penganjur
- Saya dan Fasha memang tidak baik dari dulu tetapi tidaklah sampai menghalau dia
loading...
'Saya tak pernah tulis nama sesiapa' - Fasha nekad ambil tindakan terhadap penganjur & pihak ketiga
4/
5
Oleh
Hamba Allah