Orang lelaki kalau bab lepak memang tak boleh dipisahkan. Tambah-tambah kalau ada siaran langsung perlawanan bola. Sanggup bersengkang mata di kedai mamak sampai awal pagi. Kalau bujang mungkin itu satu perkara biasa, namun jika bergelar suami ataupun bakal menimang cahaya tapi masih lagi asyik melepak dengan kawan-kawan ianya mungkin menimbulkan masalah yang lain dengan orang tersayang.
Kisah seorang suami yang suka melepak dengan kawan-kawan walaupun isterinya hamil di rumah membawa kisah duka yang menyentuh hati pada sesiapa yang membacanya.
Terdetik untuk aku share dengan semua tentang bagaimana aku ini terlalu kejam sehingga isteri aku merana tanpa aku sendiri sedar. Walaupun cerita ni 2 bulan lepas, tapi aku rasa aku patut cerita dengan korang terutamanya lelaki supaya korang tak kejam dengan wife korang macam aku.
Aku mengaku punca aku jadi macam ni sebab dengar cakap kawan dan orang sekeliling aku. Maafkan abang Liza.... Actually aku bercinta dengan wife aku & kahwin. Semua orang cakap kami best couple.
Wife aku ni jenis penyayang... so dia nak sangat rasa sayang dari aku tambah tambah masa baru sebulan 2 kahwin. Aku ni memang jenis lepak dengan kawan kawan laki aku. Kami memang ada gang. Total 13 orang.
Bila aku dah kahwin, wife aku pernah mohon untuk aku jangan melepak tengah malam & tinggalkan dia.. sebab orang sebelah rumah suka mabuk2 ketuk pintu rumah kitorang.
So dalam seminggu tu aku tak melepak. Ya... syaitan mengejar aku & aku pun terpedaya. kawan kawan aku call & cakap aku takut bini & dayus. Masa tu aku menyirap gak.. sebab aku tak suka org cakap aku takut bini. So aku mulakan balik aktiviti melepak aku.
Setiap kali masa aku nak keluar... wife aku akan menangis & cakap dia takut. Tapi aku cakap lelaki memang macam ni. Ntah apa yang merasuk aku masa tu pun aku tak tahu.
Tulah aktiviti aku berbulan walaupun wife aku dah pregnant 6 bulan lebih dah.
Walaupun masa tu aku tak rasa pun kawan kawan aku menghasut aku tapi bila benda ni jadi dalam life aku... aku mula sedar penyebab terbesar semua ni adalah kawan kawan aku yang penuh mind negatif yang tak fikir soal anak & isteri.
Macam mana aku boleh cakap macam ni kan?
Baru aku sedar.... setiap kali kami melepak...if aku terasa na kcall wife aku kawan kawan aku akan perli 'nak bg report kat isteri ke bro? & masa tu aku juga buat buat lupa pesanan arwah mak aku...
"Bila kau terdetik nak buat salah atas niat tak elok... cuba kau fikir kalau isteri kau buat perkara yang sama.. sakit tak?"
Itu antara pesanan terakhir mak aku....Sebenarnya ada di antara kawan kawan aku ni dah kawin jugak...Bila aku tanya bini tak marah ka kita lepak macam ni smpai 2 pagi? Diorng sangat sangat pertahankan jawapan ... "Perempuan ni kita tak boleh bagi muka beb.... lagi ko sayang bini kau lagi dia naik kepala.. kita ni lelaki boleh macam ni... dia perempuan memang kena duduk rumah"
Masa tu aku memang mengangguk dengan segala kata diorng tanpa aku fikirkan wife aku pun...Aku tak pernah fikir pun apa yang wife aku makan sebab dia tak pernah cerita apapun kat aku...Rupanya..... isteri aku bercerita dengan 'orang lain'.........
Masa kandungan wife aku nak masuk 7 bulan, masa tu dah pukul 5 pagi. Aku tengah tidur. Tetiba aku dengar suara bibik aku jerit dengan sangat kuat. Aku terbangun & kat sebelah memang takda wife aku.. so aku pun lari kearah bibik aku ingatkan wife aku nak bersalin dah.....
Allah...... luluh hati aku bila aku tengok wife aku pengsan dengan darah berlumur kat tangan dia. Bibik aku yang anggap kami macam adik cepat cepat balut lengan tangan wife aku. Bibik aku cerita wife aku datang dapur & kelar kelar tangan dia & dia perasan benda tu bila dengar wife aku nyanyi nyanyi.
Allah.... 5 pagi kot masa tu. Apa dah jadi dengan wife aku? dengan siapa dia menyanyi..... Masa tu macam macam soalan yang aku tak dapat jawapan sebab wife aku longlai & kena tahan wife. Anak dalam kandungan wife aku pun doctor bagi tau lemah sebab wife aku lambat sampai hospital.
Masa kat hospital tu aku tanya dengan bibik..... satu persatu aku mula tahu pasal wife aku..........Bibik aku pun pada mulanya tak tahu kenapa wife aku jadi macam ni.
"Saya ngak tahu dik.. sebab saya lihat ija baik baik saja.. selalu saya dengar dia ketawa ketawa cakap telefon dengan adik......"
Bila masa pulak aku cakap phone dengan wife aku? Setahu aku waktu melepak dengan kawan kawan memang aku tak benarkan wife aku call pun.
"Tapi saya selalu dengar ija cakap nama adik... di cakap 'eja sayang abang & tak lama lagi kita nak main main dengan anak kita'........"
Allah... bertambah buntu aku masa tu... apa dah jadi dengan wife aku?& dengan lelaki mana dia bercakap?
Ditengah pagi tu.. selepas doctor rawat wife aku... doctor datang maklumkan aku benda yang aku sendiri tak sangka akan terjadi dalam life aku. Wife aku mengalami tekanan perasaan & doctor terpaksa menahan wife aku di wad disebabkan sarat hamil.
Doctor tahu jawapan kenapa wife aku jadi macam tu.... Tapi dia rahsiakan dari aku sebab nak aku tengok sendiri...Doctor minta aku intai wife aku disebalik tirai bilik...
Tersangat sangat terkejut bila aku tengok wife aku bercakap sorang sorang & sebut sebut nama aku.... dia senyum sorang sorang & menangis sambil pukul pukul perutnya dan kembali ketawa balik.......
Wife aku tengok tengok cincin nikah kami..dia sentuh sentuh.... dia tunjuk tunjuk dengan semua... kemudian dia menangis & tarik rambutnya dan ketawa semula......
Allah... Allah.... Allah.... Liza rindukan aku... dia jadi begini sebab aku??? Jahatnya aku Ya Allah.... jahatnya aku biarkan wife aku jadi macam ni disebabkan aku.....
Suami mana yang sanggup memerhati isterinya dalam keadaan macam ni dari jauh... aku pun buka tirai & berlari ke arah wife aku....
Korang tahu tak apa yang jadi??? Allahuakhbar.... menitis air mata aku bila cerita benda ni....
Isteri aku lari ke arah aku menangis & peluk kaki aku & minta jangan tinggalkan dia, dia cium cium betis aku... dia genggam ketat paha aku.. dia cakap dia sayangkan aku... dia cakap dia nak tidur peluk aku.... dia cakap dia rindu bau badan aku...
Bergugur air mata aku masa tu... sebab aku dah buat isteri aku yang baik.. yang mananti aku... yang setia pada aku... yang dahagakan kasih sayang dari aku macam tu...
Patutlah tiap hari aku balik dia senyum pada aku.. dia tak marah pada aku.. rupanya dia terlalu rindu aku dan tak mahu beberapa jam dengan aku tu dia hilang aku sekali lagi.....
Maafkan abang Liza... abang lupa janji kita... abang lupa pesan arwah mak pada abang... abang terlalu percaya kata kata kawan kawan abang... abang terlalu ego... abang tewas dengan hasutan syaitan... maafkan abang Liza...
Aku betul betul berazam untuk jadi suami yang terbaik buat isteri aku...
Ada juga masa tu kawan aku call ajak jumpa.... & memang masa tu aku bertegas untuk tak keluar dan tinggalkan wife aku lagi. Mungkin salah aku jugak sebab salah pilih kawan dan terlalu percayakan mereka.
Aku betul betul berniat nak jadi ayah yang baik buat anak anak aku. Alhamdulillah... isteri aku selamat melahirkan anak kami walaupun dalam keadaan dia dan anak kami lemah dan lahir secara caesar.
Aku dah ambil keputusan untuk bercuti & jaga wife aku berpantang....Memang nampak isteri aku terlalu happy bila aku ada sebelah.... Aku pun rasa bahagia sengat sebab inilah kebahagiaan yang aku terlepas pandang sebelum ni......
Walaupun aku ingat isteri aku dah pulih sepenuhnya......Liza..... isteri aku.....Masa tu hari ke 6 berpantang.... aku tengah bakar tungku, bibik tengah siapkan breakfast untuk Liza, mak mertua aku tengah sapu laman rumah...
Aku dengar anak aku menangis dengan sangat kuat....Ya Allah..... sayang! Isteri aku menggoncang Akmar! dia tarik tangan Akmar & letak pisau dileher anak kami! & ugut aku untuk tetak dia kalau aku rapat....
Ya ALLAH... ini bukan isteri aku! Nasib masa tu bibik sedar, dia alihkan perhatian isteri aku & aku selamatkan anak kami.....Akmar nyaris dikelar... Ya Allah...
Masa tu isteri aku meronta ronta.... dia bentan teruk.. darah keluar dengan banyaknya... & bibik aku cakap dia meroyan. Aku call ambulan... Tak sangka....Wife aku diikat tangan.. kaki dan tubuhnya supaya dia tak terus memberontak untuk lepaskan diri dan dibawa ke hospital..
Allah....
Isteri aku yang aku kenal dulu yang baik hati... yang penyayang... yang lembut tutur katanya jadi macam ni disebabkan suami macam aku....Isteri aku dibawa ke hospital dan dirawat........... Doctor bagitau aku banyak kes kes isteri meroyan... tertekan & boleh berniat bunuh diri disebabkan orang paling dekat........ SUAMI!
Aku pernah cerita semua ni dengan kawan kawan aku supaya diorang sedar tapi aku yang kena ketawa balik...Korang takkan rasa apa yang aku rasa selagi korang tak rasa sendiri...Aku bercakap melalui pengalaman aku...
Come on la wei.. bila kita melepak gelak gelak, korang tahu tak isteri kita sebenarnya menangis di rumah sebab rindukan kita....? Rupanya wife aku menangis setiap malam....dan terlelap tidur di sofa sebab tunggu aku...
Terpulang pada korang nak cakap aku apa.. hakikatnya rasa bersalah aku tu memang menebal & sekarang aku nak pulihkan balik semuanya. Aku menyesal!
Maybe ada yang rasa aku terlalu lembut untuk semua ni.... tapi korang tahu tak berapa banyak kali kita telah jadi terlalu keras untuk isteri sendiri?
Aku bukannya cakap sebab aku rasa aku bagus tapi aku dah sedar yang isteri adalah amanah Allah yang aku tak boleh biarkan dia sendiri tanpa aku.
Demi Allah aku bersyukur aku sedar semua ni.... & Aku sangat sangat berdoa aku dapat semula Liza aku seperti dulu...
loading...
"Selalu Lepak Malam Punca Isteri Aku Meroyan Dan Hampir Kelar Anak Sendiri..Jahatnya Aku Buat Isteriku Jadi Sebegini"
4/
5
Oleh
Hamba Allah