Cerita bab hutang ni sudah pasti ramai yang terkena. Ada yang bayar, tapi ramai yang buat-buat tak tahu. Tapi lain pula ceritanya bagi seorang ustaz ni. Walaupun ramai yang berhutang dengan beliau namun tindakan ustaz Mohd Yazid Ismail ni mendatangkan hikmah yang besar buat diri beliau.
Ada ramai yang berhutang dengan saya, tapi tak ada tanda2 nak bayar balik. Dah lama tunggu. Saya ok je, tak kesah pun tapi at least bagitahu la nak minta lewatkan bayaran ke atau minta halal ke.
Kebanyakannya senyap sunyi sepi macam tak pernah ada hutang.
Beberapa bulan lepas, saya bermuhasabah mengenai kematian. Banyak perkara kematian terlintas di hati, dan terfikir betapa sengsaranya perjalanan kehidupan selepas mati bagi orang2 yang ada hutang yang belum selesai. Sedih.
Saya pun bertekad untuk halalkan semua hutang2, agar mereka hidup tenang dunia akhirat. Niat supaya dapat memudahkan urusan sesama muslim. Seperti mana saya tak nak diri sendiri hidup terseksa lepas mati, begitu juga saya tak nak kawan2 terseksa.
Walaupun secara kiraan dunyawi saya macam rugi, tapi hati rasa tenang dan gembira dapat tolong kawan2.
(وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
[Surat Al-Baqarah 280]
Ertinya:Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Alhamdulillah..banyak perkara baik berlaku selepas saya halalkan semua hutang tu. Ada beberapa doa yang dah lama saya minta, Allah makbulkan. Dan rezeki makin bertambah. Saya tak tahu ada kaitan dengan hutang tu atau tak, ni semua urusan Allah. Tapi ia berlaku lepas saya sedekahkan hutang2 tu.
Nasihat untuk orang2 yang berhutang..
Ingat hadis ni
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Allah akan mudahkan rezeki jika kita ikhlas ingin membayar hutang. Cuba kita perhatikan jika ada orang2 sekeliling yang suka berhutang tapi liat nak bayar, hidup mereka tak berkat dan rezeki susah masuk.
loading...
"Saya Halalkan Semua Hutang-Hutang" Tindakan Ustaz Jadi Satu Hikmah Kepada Dirinya
4/
5
Oleh
Hamba Allah