Apabila anda berusia 21 tahun, dunia seperti berada di kaki anda dan anda berasa seolah-olah anda benar-benar boleh mencapai apa-apa dalam kehidupan.
Malangnya, bagi seorang pemuda berusia 21 tahun Ahmad Alrefaee M. Azmi dari Bandar Mahkota Cheras, ajalnya lebih awal. Pada awal pagi Khamis, satu kemalangan kereta telah berlaku di Jalan Tun Razak yang telah meragut kehidupan pelajar universiti itu.
Sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai dipandu melawan arus telah merempuh kereta jenis Myvi putih yang dibawa oleh Alrefaee berhampiran Perpustakaan Negara.
Menurut saksi kejadian, kereta BMW itu telah memasuki lorong yang salah dari arah terowong KLCC dan tidak dapat memasuki lorong yang betul.
Pegawai Turus Timbalan Supt Shafie Daud berkata, "Pemandu itu meneruskan pemanduan menggunakan lorong yang salah dan melanggar kereta Myvi tersebut. Pemandu Myvi maut di tempat kejadian, manakala pemandu BMW cedera ringan. "
Pemandu BMW adalah seorang perempuan berusia 23 tahun dan mempunyai empat penumpang lain manakala kereta Myvi mempunyai seorang pemandu. Salah satu penumpang BMW cedera ringan kesan dari impak kemalangan. Menurut DSP Shafie, kenyataan telah diambil daripada pemandu BMW dan saksi kejadian.
Beliau menambah, "Pemandu itu telah menjalani ujian air kencing dan darah. Dia disahkan negatif pengambilan alkohol selepas ujian awal." Namun saksi di tempat kejadian mendakwa pemandu tersebut mabuk. Tidak ada kamera litar tertutup di tempat kejadian. "Kejadian itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-fatihah buat Ahmad Alrefaee. Sentiasa ingat memandu dengan berhati-hati di jalan raya dan jangan jadi pembunuh di jalan raya.
loading...
Pemuda Berusia 21 Tahun Maut Dalam Kemalangan Babitkan BMW Yang Dipandu Lawan Arus
4/
5
Oleh
Hamba Allah