Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Maaf bukan nak tiru tajuk drama Sayang Papa Saya Tak, tapi ni drama realiti yang berlaku dalam hidup aku. Aku salah seorang mahasiswa di Universiti yang terkenal di Malaysia. Sekarang aku dah masuk sem terakhir sebelum aku graduate bulan lapan nanti, inshaAllah. Aku dibesarkan dengan 6 orang adik beradik termasuk aku. Dulu aku ada mak ayah tapi sekarang yang tinggal mak aku je.
Kisahnya bermula 2 tahun lepas tahun 2015. Masa tu aku pelajar tahun 3. Aku masih ingat lagi kisah yang aku harapkan mimpi indah namun menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku masa tu. Satu hari tu, mama aku upload gambar arwah papa aku kat group wassap family. Gambar arwah tu terbaring sebab demam panas yang teruk selama 3 hari kalau tak silap. Esoknya, aku tergerak hati nak telefon papa aku nak tanya demam dia dah kebah ke belom.
Aku: Assalamualaikum papa. Papa dah sihat ke? Demam macam mane?
Papa: Papa dah sihat, demam pun dah kebah. Papa dah nak pergi kerja ni.
Aku: Aik! Sekejapnya dah kebah, mama cakap papa demam teruk semalam, takkan pagi ni dah kebah. Papa nak pergi kerja jugak ke?
Papa: Papa dah sihat.
Saat itu, aku rasa aneh dan risau sebab aku tahu papa aku ni jenis yang kuat bekerja untuk keluarga dia. Dulu, papa aku sanggup kerja di luar Negara semata-mata nak menampung kami sekeluarga. Selalu je kami kena skype dengan papa walaupun dah tengah malam (almaklumla waktu oversea berbeza).Esoknya, aku dikejutkan dengan berita,….papa dah takde!!!
Mama telefon aku waktu pagi tu, aku tengah lagi bersiap-siap untuk ke kelas.
Mama: Ya!!! Papa dah takde!!! ,mama menangis teresak-esak sampai aku pun tak berapa faham.
Aku: Ape ma? Papa dah takde? Takde ape?(serius aku memang takde clue mase tu sebab aku tak expect yang takde tu maksudnya pergi selama-lamanya)
Mama: Papa dah meninggal la..Papa dah tinggalkan kita!!! Nanti Along dengan akak pergi ambil ya kat sane.
Dan aku cuma balas “Ye,ok!”.. Aku serius tak tahu nak buat ape. Aku rasa macam mimpi sekejap tapi aku cuba yakinkan diri aku yang papa aku dah takde.
Kalian boleh faham tak keadaan bila tiba-tiba mak korang telefon dan cakap ayah korang dah takde? Ini bukan drama tapi situasi sebenar.
Abang aku, kakak ipar dan aku dalam perjalanan ke rumah. Alhamdulillah mujurla rumah aku tu tak jauh sangat Cuma 1 jam je dari tempat aku belajar. Kakak ipar aku asyik menangis je dalam kereta, aku pun same sebab aku ni sensitive orangnya pantang tengok orang menangis aku pun menangis. Itu kakak ipar aku menangis, aku plak asyik duk menahan air mata. Aku cuba untuk tabah semungkin yang boleh sebab aku tak nak tengok mama aku menangis bila tengok aku menangis.
Sampai je di rumah, orang ramai dah berkumpul dan aku nampak jenazah ayah aku di ruang tamu tempat yang dulunya arwah papa selalu ajak solat berjemaah. (Maaf, aku menulis kisah ni sambil aku menangis mengimbau saat tu)
Aku masih rasakan aku bermimpi, aku cuba tenung kearah jenazah, lihat perut arwah tu bergerak atau tak. Namun, papa aku memang benar-benar dah tiada di dunia ni. Mak aku menangis teresak-esak. Aku mencari adik-adik aku, mata mereka semua dah bengkak akibat menangis sedih melihat arwah papa yang tersayang dah tiada.
Alkisahnya sebelum subuh hari arwah papa meninggal, adik-adik aku dan mama aku sahur pagi tu. Papa aku dengan tikar sejadahnya, selepas solat arwah tersenyum melihat anak-anaknya bangun pagi untuk bersahur.
Aku bukan nak berlagak kat korang, tapi papa aku dengan qiam memang tak berpisah, aku ni bila nk sahur je selalunya baru nk berqiam.. (Doakan aku supaya aku jadi kawan baik dengan qiam ye.)
Sebelum azan subuh berkumandang, arwah papa aku pergi ke surau yang hampir dengan rumah. Arwah selalu solat berjemaah kat situ.Tiba-tiba, selepas mama aku habis solat subuh di rumah, mama aku dikejutkan dengan ketukan pintu rumah oleh orang asing.
“Maaf ye puan, kami ni dari surau, puan ni isteri kepada Pok H ke?” Mama aku balas ,”Ye saya.Ada apa ye?” Jantung mak aku dah berdegup dengan kencang.
“Dalam rumah ni ada tak orang lelaki atau anak lelaki puan ke?”Mama aku balas,”Ada2, anak lelaki saya.Sekejap saya panggil dia”
Abang aku yang kedua pergi menjenguk apa yang berlaku pada arwah papa di surau. Abang aku berlari balik ke rumah dan terus terduduk di ruang tamu.
Mama: Kenapa angah? Apa jadi kat papa?
Angah: Papa…papa… papa dah takde ma!!Papa dah takde!!
Mama aku dan adik-adik aku menangis teresak-esak sebab tak dapat terima hakikat tersebut.
Tiba-tiba datang sebuah van yang membawa jenazah arwah papa. Mama aku dan abang aku yang mandikan jenazah arwah. Korang boleh bayang tak bila suami korang meninggal depan mata korang dan mandikan jenazah tu.
Aku rasa aku sendiri pun tak sekuat mama aku. Sambil mama mandikan jenazah mama kau masih tak percaya papa aku dah meninggal tapi abang aku cakap dan sedarkan mama aku yang papa dah meninggal.
Alkisahnya macam mana arwah papa aku meninggal diceritakan oleh abang aku sendiri. Sewaktu abang aku sampai di surau, arwah papa aku kelihatan terbaring di depan pintu surau seolah-olah arwah baru selesai tunaikan solat waktu subuh. Abang aku pegang papa aku dan kejutkan papa aku.
Masa itu, papa aku masih sedar dan cuba untuk bangun berdiri namun arwah tak kuat. Akhirnya, arwah mengucap dua kalimah syahadah dengan jelas semasa dalam dakapan abang aku dan aku percaya orang-orang di surau saat itu dengar ungkapan suci itu. Maka arwah meninggal dengan cara baik sebagaimana orang-orang soleh meninggal dunia.
Hampir setahun lebih arwah papa menginggalkan kami dan menuju ke Allah Yang Maha Esa. Mama aku masih lagi menguatkan diri untuk teruskan hidup, kami percaya semua ini adalah takdir daripada Allah SWT.
Aku tahu, kebiasaannya bila kejadian yang tak dapat di elakkan ini berlaku terutamanya kepada kami yang tengah menuntut di universiti ni selalunya akan mempengaruhi pembelajaran kami,mungkin pelajaran kami akan terjejas. Namun, aku tahu Allah Yang Maha Penyayang tu ingin menguji aku, Alhamdulillah pelajaran aku tidak terjejas tapi akhir-akhir ni aku perasan tahap confident aku semakin menurun.
Aku selalu nervous khususnya waktu aku nak present slide kat depan orang ramai dan aku selalu merasa rendah diri.Doakan aku semoga tahap keyakinan aku tu meninggi semula sebagaimana aku dulu. Namun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih lagi memberi peluang kepada aku untuk berbual dengan arwah dan mendengar suaranya buat kali terakhir walaupun perbualan kami hanya di telefon.
Jawapan untuk soalan aku kat atas… Aku sayang Papa aku, sayang mama aku, sayang keluarga aku. Kepada abang sulung aku yang sengal, asyik kacau aku even dia dah kahwin dan buat aku rasa annoying dengan dia. Haha.. Abang aku yang kedua, terima kasih angah sebab berada di sisi arwah papa saat dia meninggal dan ko memang seorang yang tabah.
Untuk adik-adik aku dan diri aku, semoga kita menjadi anak yang solehah.Buat mama ku, semoga mama tabah dan kuat untuk menjaga kami sekeluarga, tiba masa nanti ya akan jaga mama dan adik-adik. Semoga kita sekeluarga dapat berkumpul di Jannah, inshaAllah amin. Papa, we love you and we miss you so much!!
loading...
"Papa Sempat Tersenyum Melihat Anak-Anak Sebelum Pergi Menemui Pencipta"
4/
5
Oleh
Hamba Allah