Tuesday, March 14, 2017

"Orang Pandang Mak Sebelah Mata Tapi Mak Tetap Kuat"


Assalamualikum. Aku wanita, berumur pertengahan 20-an. Anak tunggal. Ayah sudah meninggal semasa aku di tingkatan 4. Ayah tak meninggalkan harta, cuma ayah pesan kat aku bahawa kemana aku pergi, aku mesti bawa mak sekali. Mak cuma ada aku, aku cuma ada mak.

Sejak kecil, aku seorang yg nakal. Banyak kurang ajar dgn mak. Dengar cakap kawan2. Dulu aku, mak dan ayah menyewa di rumah setinggan di KL. Hanya kami bertiga, mak dan ayah berniaga 3 kali seminggu di pasar malam. Alhamdulillah rezeki kami ada walaupu tak banyak

Cuma.. sejak ayah meninggal, mak seorang saja yg cari rezeki. Masa tu aku di tingkatan 5, mak yang membanting tulang angkat barang2 niaga di motor roda tiga pergi pasar malam. Aku tusyen pada petang sampai malam. 

Cuma, bila barang niaga nak kemas, lepas tusyen aku akan tolong mak kemas barang2 niaga, basuh barang2 yg perlu dibasuh. Esoknya pagi pergi sekolah, petang tusyen, malam tolong mak niaga. Itulah rutin harian aku. Kawan2 lagho aku dah tinggalkan.

Sejak ayah meninggal, aku insaf sikit. Aku belajar rajin2. Aku dapat masuk matrik. Setahun aku kt matrik, mak niaga sorang2.. masa tu mak dah lewat 50-an. Tapi mak masih kuat lagi. Sesudah aku selesai matrik dengan result 4, kami dihalau dari rumah sewa kami sebab owner rumah sewa sudah meninggal dunia dan meninggalkan ramai pewaris yang berebut nakkan hasil sewa rumah sekangkang kera. 

Rumah setinggan mana boleh demand harga tinggi. Akhirnya, kami terpaksa berpindah. mak terpaksa berhenti meniaga, ramai yang terkejut sebab mak dah duduk 30tahun+ kat KL, ramai customer mak cari kuih muih mak, keropok mak, tapai mak.

Aku masuk university awam dan masa tu jugak kami terpaksa berpindah ke negeri lain (sebab adik perempuan mak ajak tinggal sama dan kami betul2 tak dapat rumah sewa kat KL). Entah kenapa terlalu payah nak mencari rumah sewa di KL masa tu (mak tetap jugak nak cari rumah sewa KL sbb dia nak meniaga, tapi perancangan Allah.. kami tak dapat satu pun rumah, jiran2 rumah setinggan yg lain dapat rumah sewa murah kt KL) 

Akhirnya, mak berpindah ke rumah adik perempuan mak di negeri lain. Menumpang di rumah adik perempuan mak bersama keluarga adik perempuan mak yang boleh dikatakan agak besar. Rumah ada beberapa buah bilik, satu bilik diberi kepada mak. Aku menghabiskan 3 tahun pengajian ku. Setiap semester aku akan balik kampung (rumah adik perempuan mak, iya aku panggil kampung) untuk jenguk mak. 3 tahun aku berpisah dgn mak.

Alhamdulillah sekarang aku dah kerja. Dah nak masuk 2 tahun. Mula2 kerja aku duduk bilik sewa. Tinggal dengan owner rumah sebatang kara, alhamdulillah dapat sewa murah sebab owner nak orang teman je sebenarnya. 

Tapi aku masih lagi jauh dengan mak. Kiranya dah masuk tahun ke-5 aku duduk asing dengan mak. Tiap2 bulan aku akan balik jenguk mak. Ayah, maafkan orang sebab orang masih tak dapat nak penuhi janji untuk bawa mak kemana je orang pergi.

Disebabkan owner rumah sewa sebatang kara di KL, dia ambil keputusan nak jual rumah ni (rumah sewa aku sekarang) untuk dia beli rumah lain di Perak, dekat dengan adik beradiknya katanya. Jadi, aku sekali lagi kena mencari tempat tinggal. Tapi aku taknak duduk bilik sewa lagi. 

Aku kalau boleh nak sewa rumah terus, biarlah habis beratus2 dekat rumah sewa asalkan aku duduk dekat dgn mak. Sambil tu akan akan apply rumah kerajaan. Sbb aku sedih tengok mak, rambut dah beruban, badan dah makin uzur, sampai bila aku kena sewa bilik sewa semata2 nk saving duit. Kalau mak pergi dulu belum sempat aku nak balas jasa mak.

Aku masih belum dapat rumah sewa. Mak masih menumpang di rumah adik perempuan. Aku tak selesa tinggal disana, sebab aurat, sebab segan dah 5 tahun menumpang, tapi keluarga adik perempuan mak okay je. 

Tapi sampai bila?? Aku struggle kat sini (KL) sorang2, aku buat kerja part time, kalau aku terlampau sedih aku hanya mampu menangis. Aku cuma cerita dekat Allah je. Aku tak cerita dekat mak sebab aku tahu mak pun menangis sorang2 dalam doa dia lepas solat. Aku fikir nnt dah dapat rumah sewa boleh lah aku fokus kerja part time. Takde la aku kena skip setiap 2 minggu sekali sbb nak jenguk mak kt kampung.

Hampir setiap malam aku nangis. Kadang2 aku rasa aku jadi gila, sebab cakap sorang2. Tapi sebenarnya aku tgh mengadu kt Allah. Esok pergi office mata bengkak. Hehe. Kawan2 aku yg lain mak ayah bekerja, muda lagi, rumah besar, walaupun aku jeles, tapi aku happy tengok diorang happy. 

Diorang pun bukan jenis memandang rendah kat aku. Sekali orang nampak aku mungkin diorang akan fikir aku perempuan bekerjaya kat kl, kawan dengan kawan2 yg loaded, tapi sebenarnya itu kawan2 aku je. Aku takde nk menunjuk2. Orang nampak luar diorang tak nampak dalam. 

Kalau orang tengok aku betul2. Aku penjimat orangnya. Aku suka baju2 cantik, tapi aku akan beli sebulan or 2 bulan sekali, tapi baju tu mesti cantik dan boleh pakai lama. Mungkin sebab aku jaga appearance aku, orang luar nampak aku senang. Padahal wardrobe aku baju ciput je, maybe sebab aku pandai mix & match nampak macam baju banyak.

Sebenarnya point aku nk bagitau satu perkara je, yakinlah dengan Allah. Allah bagi ujian kat kita supaya kita mengadu pada-Nya. Hidup aku macam ni je. Bekerja siang, part time malam. Hujung minggu balik kampung. 

Cinta? Masih belum ada lelaki yang sanggup menampilkan diri. Lagipun aku fikir, kalau aku kawin nanti, nak buat kenduri kat mana? Kami tak ada rumah. Hanya aku dan mak, mestilah aku nak bawak mak tinggal dgn aku, kalau lelaki tu tak setuju untuk tinggal dengan mak sekali? Hmm entahlah. Aku tak tahu nak cakap mcm mana. Cuma, bagi orang2 di luar sana yang mungkin ada masalah mcm aku, atau mungkin lebih besar, ingatlah. 

Perancangan Allah sebaik2 perancangan. Sabarlah. Lagi satu, mohon doakan supaya aku dan mak dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan ya. Aku sangat2 takut kalau aku mati dulu, sebab siapa nk jaga mak. Kadang2 aku pernah terfikir agar Allah tarik nyawa aku dan mak sekaligus supaya takda sesiapa antara kami yang akan rasa kehilangan. 

Mak dah banyak menderita. Mak anak sulong, sekolah tak habis kena kerja, kawin lambat, dapat anak lambat, dapat anak sorang, suami dah meninggal. Orang pandang mak sebelah mata. Kuatnya Mak! Beza dengan saudara2 mak yang berjaya, anak2 ramai yang boleh bantu. Ya Allah.. Sorry panjang pulak karangan aku. Hehe. Minta doa2 korang semua ya. Terima kasih. Assalamualaikum.
loading...

Artikel Terkait

"Orang Pandang Mak Sebelah Mata Tapi Mak Tetap Kuat"
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email