Bak kata pepatah, ibu bapa sanggup menjaga 10 orang anak tapi seorang anak mungkin belum tentu boleh jaga ibu bapa mereka.
Kisah Si Tanggang moden ini menjadi perhatian netizen apabila seorang pengguna Twitter @Ftnamiera_ yang terdengar perbualan seorang penumpang lelaki dengan seorang warga emas.
Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang menaiki komuter dari Kajang.
Dalam train ni..ada abang tu tanya pak cik ni nak ke mana.
Lepastu dia jawab nak ke Tampin balik kampung.. Dia dri rumah anak dia dekat Kajang..
Anak dia mintak dia balik kampung tak payah stay dekat rumah diorang sebab nak masa dengan family sendiri..
Takda masa nak jaga makan minum pak cik ni.. Kesian pak cik ni..
Dia kecil hati dengan anak-anak dia.. Anak dia yang hantar ke KTM Kajang mintak dia balik..
Semua dalam train ni senyap ja sayunya hati.
Rata-rata netizen memberi reaksi marah kepada anak pakcik tersebut kerana sanggup memperlakukan orang tuanya sebegitu.
Hargailah masa dan peluang yang masih orang tua kita ada sebelum menyesal di kemudian hari.
loading...
Kisah Warga Emas Dalam Komuter Ini Buat Netizen Marah Dan Sedih
4/
5
Oleh
Hamba Allah