Thursday, March 16, 2017

Kereta Dan Motor Langgar Lampu Merah, Rempuh Motosikal Dan Penunggang Tercampak Ke Seberang Jalan



Penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza yang rakaman videonya menjadi viral telah menerima rawatan bagi kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai penunggang motosikal itu kerana dia kini dirawat di Hospital Ampang.

Katanya, penunggang motosikal tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka selain patah empat batang gigi.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis daripada seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tetapi tiada laporan diterima daripada penunggang motosikal terbabit.

Beliau berkata polis sedang mencari saksi kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.25 petang Selasa di persimpangan lampu isyarat Jalan Pandan Indah.

Video insiden yang dirakam pada petang Selasa itu kini tular.

Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.

Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu isyarat merah.

Pemandu kereta Perodua Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.

Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya. 

loading...

Artikel Terkait

Kereta Dan Motor Langgar Lampu Merah, Rempuh Motosikal Dan Penunggang Tercampak Ke Seberang Jalan
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email