Tuesday, March 14, 2017

'Kenapa rendahkan palang di lorong Smart Tag? Info ketinggian pun tak tepat' - Ismanor


NILAI, NEGERI SEMBILAN - "PLUS sangat menyusahkan, bukan memudahkan," demikian hashtag di status seorang pengguna Facebook, tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tol yang didakwanya telah merendahkan palang besi di lorong Smart Tag sehingga menyebabkan kerosakkan kenderaan penggunanya.

Ismanor Aizal, memuat naik gambar sebuah kereta Honda Civic (dipercayai milik kenalannya) yang rosak di bahagian bumbung, pecah cermin belakang dan Roof-Mounted Bicycle Rack yang dipasang juga bengkok selepas gagal melepasi palang tol lorong Smart Tag. 




Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tol Nilai yang sebelum itu pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang masalah ketika menggunakan tol di Tol Ayer Keroh dan Tol keluar dari Nilai. 


Ismanor mendakwa, info ketinggian 2.1 meter yang dipamerkan di laluan masuk lorong Smart Tag tidak tepat sehingga menyebabkan kereta itu tersangkut. 

"Apa sebab PLUS rendahkan palang di lorong Smart Tag dan Touch & Go? Bukannya kami masuk free. Device Smart Tag kami beli dan kad Touch & Go kami top up RM200-RM500. 

"Sudahlah rendahkan palang, info ketinggian pula tidak tepat. Hang rasa kami nak buat apa kalau dah jadi begini?" tulis Ismanor di akaun Facebook beliau. 


Ismanor sebelum ini juga pernah membawa basikal di atas bumbung keretanya dan melalui lorong Smart Tag di tol yang sama, namun tidak menghadapi sebarang masalah seumpama itu. 

Justeru, beliau menuntut penjelasan dari pihak tol mengapa palang tersebut direndahkan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

PLUS pada 9 Januari lalu melalui laman Facebooknya pernah memaklumkan agar para penggunanya mematuhi had ketinggian kenderaan yang telah ditetapkan di setiap lorong plaza tol sebelum memasukinya. 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera PLUSMileans! Kami menasihatkan semua pengguna lebuh raya PLUS supaya sentiasa...
Posted by PLUSMiles on Thursday, January 5, 2017

"Kenderaan yang meletakkan barangan simpanan pada bumbung kenderaan seperti basikal, peti simpanan tambahan dan sebagainya dan mungkin tidak dapat melepas palang had tinggi yang ditetapkan boleh menggunakan lorong untuk kenderaan berat (lorong paling kiri di plaza tol)," kata kenyataan PLUS.  - The Reporter
loading...

Artikel Terkait

'Kenapa rendahkan palang di lorong Smart Tag? Info ketinggian pun tak tepat' - Ismanor
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email