Thursday, March 16, 2017

Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Di Dera Sehingga Kemaluan Terkoyak


Lagi kes dera, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Petaling Jaya, Selasa.

Memetik Sinar Online, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang sebelum menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 2 petang menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah.

"Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang," katanya kepada Sinar Harian.

Hasil siasatan awal menemui kesan lebam pada badan mangsa selain cedera di bahagian kemaluan seperti kesan terkoyak.

Berikutan siasatan polis, dua lelaki dan seorang wanita ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan dan perkembangan akan dimaklumkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
loading...

Artikel Terkait

Budak 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Di Dera Sehingga Kemaluan Terkoyak
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email