Bole
Seorang wanita dalam perjalanan ke tempat kerjanya diganggu oleh lelaki gila. Semasa dalam LRT, Dini berasa tidak selesa apabila seorang pemudah kelihatan agak mencurigakan memandang kearahnya.
“Pemuda ini memandang saya dari atas ke bawah dengan senyumannya yang nakal dan sinis. Kamu pasti akan berasa tidak selamat kalau kamu lihat wajahnya ketika itu,”
“Saya mendengar seperti suatu bisikan di telinga saya - dia berkata, ‘Boleh saya hisap awak?’”
Pemuda itu meneruskan gangguan terhadap Dini seperti senyuman yang menakutkan dan membuat mimik muka yang menjelikkan.
“Oleh kerana keadaan di dalam LRT itu agak sempit, saya terpaksa berdiri dekat dengannya. Dia berada betul-betul di hadapan pintu LRT. Dia masih tenung ke arah saya, senyum dan membuat-buat muka.”
Dini memberanikan diri dan menjerit kepada pemuda itu "Apa masalah awak?" Namun pemuda itu nampaknya seperti tidak takut akan jeritan beliau dan hanya tersenyum sinis.
Dini tidak dapat bertahan lebih lama lagi. Beliau terus mencapai telefon bimbitnya dan mengambil gambar pemuda itu. Namun, pemuda itu sempat menutup wajahnya dengan air kotak supaya identitinya tidak terbongkar.
“Saya tak nak dia lihat saya menangis. Dia pasti akan rasa puas hati kalau tengok saya rasa takut dengan gangguannya itu,” kata Dini lagi.
“Orang di sekeliling saya melihat dia, tapi saya tak berjaya menimbulkan adegan yang cukup besar supaya orang ramai boleh bertindak. Saya ingin berbuat demikian supaya pemuda itu akan ditangkap dan dihalau keluar dari keretapi atau apa-apa saja yang dapat menyelamatkan saya ketika itu,” jelas Dini.
Menurut Dini lagi, kejadian itu berlaku dengan pantas sekali dan beliau tidak mempunyai masa untuk mengambil tindakan atau memikirkan untuk melakukan apa-apa terhadap pemuda itu.
“Saya sepatutnya menjerit, menengking, dan menghalau dia. Tapi saya terlalu terkejut dengan perbuatannya itu, saya tidak tahu apa yang patut dilakukan. Saya berasa begitu marah, sedih dan malu dalam masa yang sama.”
Walau bagaimanapun, Dini tidak merasakan insiden ini akan menghalang beliau daripada menggunakan pengangkutan awam pada masa akan datang
loading...
"Boleh Saya Hisap Awak?" Wanita Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki "Pervert" Dalam LRT
4/
5
Oleh
Hamba Allah