Tuesday, March 14, 2017

"Berhenti Layan Aku Macam Budak Kecil"


Biar aku cerita ‘habit’ family aku. Sebenarnya keluarga kami ni islamic la. Dalam banyak2 ahli keluarga aku, aku je la paling biasa/’nakal’. Ayah aku bukan ustaz, kerja swasta tapi selalu jadi AJK surau dan mostly hafal separuh quran. 

Mak aku bukan ustazah, tapi sejak kawin dengan Ayah aku, dia pakai purdah. Adik perempuan aku pun pakai purdah. Adik bongsu aku sekolah tahfiz. Aku je lepas SPM study oversea dan biasa2 je. Pemakaian cukuplah sekadar blouse, jeans, dan tudung. Oh ye, aku anak sulung.

Sejak kecil lagi, Ayah aku sangat-sangat terapkan ilmu agama islam di keluarga kami. Setiap Subuh, Magrib dan Isya, kami solat berjemaah. Setiap habis maghrib, kami baca Quran sama2 sehinggalah Isya’. 

Dan setiap Ahad pagi, Ayah aku ajak berkumpul semua orang dan membaca kitab. Rasa-rasanya kan ada ke keluarga lain macam ni? Sebab bila aku tengok family kawan aku, takde pun diorang berkumpul ramai2 membaca kitab. Aku selalu kurang senang sebab kadang2 mengantuk (ye lah Ahad pagi) bila terlelap, kena herdik.

Satu lagi, parents aku semua jenis nak anak2 diorang berkepit kat rumah. Masa aku sekolah menengah, parents aku tak pernah bagi izin aku keluar dengan kawan2. Aku sangat cemburu dengan kawan2 lain.

Mudahnya keluar rumah, naik bas, pergi bandar, mall, shopping. Mungkin disebabkan itu, aku bertekad belajar di luar negara sebab aku nak bebas dari parents aku. Dan kemudian, aku berkahwin pada umur 30 tahun. Agak lambat bagi seorang perempuan. Ini kerana parents aku tak bagi aku kahwin. Sebab sejak umur 25 tahun lagi, aku minta kawin, diorang kata muda lagi. Tengok, nampak sangat diorang anggap aku macam budak kecik je.

Aku rasa banyak kot parents lain duk risau kalau anak dia tak kawin2. kebanyakan kawan aku pun kawin umur 25-30 tahun. Kalau macam ni aku tak boleh la nak target 7 anak sebelum umur 40 tahun. 

Bila aku hampir 30 tahun, baru diorang terhegeh2 mecari calon untuk aku. Sebab apa? sebab diorang dapat tahu aku keluar dengan seorang lelaki (boyfriend aku laa). Tapi akhirnya aku kawin dengan boyfriend aku sebab aku tetap berdating dengan dia walaupun diorang ada 3-5 orang calon. Dan diorang kawinkan aku cepat2 sebab tanak orang luar nampak aku dan boyfriend aku berdating tapi tak kawin lagi.

Alhamdulillah, sekarang aku mempunyai seorang anak. Disebabkan kami tak jumpa nursery untuk baby kami, aku pun bertekad untuk tinggal di rumah parents aku. Biarlah hari2 2 jam memandu ke tempat kerja, asalkan ada yang jaga anak kami. Mak aku pun suka je jaga anak aku. Cucu pertama kan. 

Suami aku duduk Shah Alam, setiap Ahad datang tengok kami dan kadang2 kami melawat mak ayah mertua. Mungkin suami aku bukan calon pilihan, mak aku selalu merungut pasal dia. Aku diam je. Sebab sampai sekarang kalau aku cakap apa2, nanti dia cakap aku “mejawab”. Aku heran betul. Rasanya perkataan “menjawab” tu hanya ditujukan budak tau.

Aku dah 32 tahun kot, dewasa, mampu pikir sendiri. Sampai sekarang mak aku suka bebel kuat2. Dan kalau aku terlepas buat sesuatu (contoh tak masak tengahari ke), mula la mak aku membebel2.. “hai, anak perempuan ada 3, tapi satu pun tak pegi dapur”. Mak aku suka compare dengan family abang dia. 

Dia selalu cakap “tengok orang tu.. tengok family tu..” Aku tension betul. Kami bukan malas sangat. Adik laki aku tu, amik master, tapi dari dulu sampai sekarang gaji rm2500 je. Tiada simpanan. Kereta Wira buruk (bapak aku bagi). Sekarang umur 30 tahun, mak aku berangan nak kawinkan dia Dentist bertudung labuh. Aku macam……….mimpi la.

Sampai sekarang Ayah aku tetap panggil aku join baca kitab. Aku rasa sebagai dewasa, aku berhak untuk tidak join. Tak boleh ke aku pegi join secara sukarela? nak paksa2 pulak. Lepas tu ayah aku suka nasihat aku, macam aku ni takde suami. 

Contoh, suami aku selalu hantar kereta aku kat service kereta Nissan. Pastu ayah aku cakap kat aku jangan guna minyak bateri Nissan tu. Mahal dan tak berkualiti. Beli sendiri. Aku cakap suami aku, dia cakap dia percayakan Nissan sebab takde masalah. Hari berikutnya ayah aku tanya lagi “Dah beli minyak bateri ke,”

Baru2 ni, Ayah aku suruh aku bayar Zakat pendapatan. Dia cakap ibadat tak terima Allah kalau tak bayar zakat. “Bukan banyak pun rm100 je,” Ayah aku suruh bagi dekat Mak aku supaya Mak aku boleh sedekah kat orang susah. Minggu depan Ayah aku tanya lagi, “Dah bayar zakat pendapatan ke?” 

Last-last, aku cakap (tipu) aku bayar kat Tabung palestin secara online. Sebenarnya kan, duit aku ni hak aku sepenuhnya kan? atau suami aku ada hak terhadap duit aku? kalau aku nak bersedekah, kena minta izin suami ke? Aku macamana ikut kata suami aku, sebab suami aku mengawal perbelajaan aku supaya kami dapat berjimat (buat simpanan).

Pernah juga, waktu suami aku nak balik rumah dia, Mak aku suruh aku suami aku solat kat rumah tapi suami aku nak solat masjid (dalam perjalanan). Aku pun cakap la nanti Mak marah macamanana? 

Dan akibatnya, suami aku pun tension jugak. Dia cakap kat aku, sekarang aku ni kena ikut cakap sapa? Suami atau Mak/Ayah? Suami… aku jawab. Tapi itulah, parents aku tetap treat aku macam budak kecik. Aku tak rasa orang lain macam ni. Aku rasa Mak/Ayah dia bagi dia kebebasan untuk memilih sebab diorang dah DE-WA-SA.

Aku tau mungkin korang akan cakap aku tak bersyukur dan so on. Tapi korang cakap macam tu sebab korang tak mengalami keadaan macam aku ni. Sebab aku tengok mak mertua aku tak pernah membebel dekat anak2 dia. Kalau ada family lain macam aku ni, aku rasa lega kot. Sekurang2 nya ada yang senasib dengan aku.
loading...

Artikel Terkait

"Berhenti Layan Aku Macam Budak Kecil"
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email