Saturday, March 18, 2017

Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan Hantar Surat Penuh Kod Rahsia


Kaum Adam pasti mengakui yang bukan senang bagi seorang lelaki itu untuk meluahkan perasaan kepada seorang wanita.

Kadang-kadang ia memerlukan usaha yang berterusan dan memakan masa bertahun-tahun seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Timothy ini.

Lelaki ini telah mula menulis surat dan mengutuskan surat kepada kekasihnya, Candice sejak mula berpacaran pada tahun 2013.

Apa yang Candice tidak sedar adalah setiap surat yang diberi Timothy sebenarnya mempunyai mesej rahsia di sebaliknya.

Rupa-rupanya huruf pertama dalam setiap surat itulah mesej rahsia kerana apabila dihimpunkan bersama, ia tertulis "Will You Marry Me".

Mereka akhirnya berkahwin selepas tiga tahun menyulam cinta. Alahai, romantik sungguh cara yang digunakan untuk melamar orang kesayangannya ni kan?

Mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada jejaka di luar sana yang sedang tercari-cari cara untuk melamar kekasih hati.


loading...

Artikel Terkait

Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan Hantar Surat Penuh Kod Rahsia
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email