Thursday, June 21, 2018

'Tiada pengecualian caj bagasi RM17,000 untuk Najib' - MAS


Malaysia Airlines (MAS) tidak mengecualikan caj bagasi lebih RM17,000 terhadap Datuk Seri Najib Razak sewaktu ke Langkawi.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan paparan skrin caj terhadap 535 kg  bagi tujuh penumpang keluarga Najib seperti tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines menjelaskan bekas perdana menteri itu bergerak dalam kumpulan tetapi tiada lebihan bagasi.


“Apabila penumpang mendaftar masuk dalam satu kumpulan, semua bagasi  digabung dan ditandakan di bawah satu nama, yang muncul dalam sistem sebagai bagasi berlebihan,” kata seorang jurucakap MAS.

“Dalam kes ini, jumlah bagasi rombongan itu yang didaftar masuk berada di dalam had yang dibenarkan.”

Paparan skrin yang tersebar menunjukkan caj RM17,071.85 dikecualikan bawah nama Mohd Najib Abd Razak bagi penerbangan MH1450 pada 16 Jun lalu.

Selain Najib dan isterinya, ahli keluarganya yang bercuti di pulau peranginan itu termasuk anaknya Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.

Gambar hiasan sahaja

Beliau dilaporkan bercuti di hotel di situ sehingga 20 Jun untuk berehat dan bermain golf walau ada spekulasi mereka mahu meninggalkan negara.

Polis dan imigresen menafikan mereka mahu melarikan diri dari Malaysia. - Malay Mail
loading...

Artikel Terkait

'Tiada pengecualian caj bagasi RM17,000 untuk Najib' - MAS
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email