Wednesday, December 13, 2017

'Ini baru betul suami isteri nyanyi' - Netizen puji muzik video kedua Abang Nak Tegur


Susulan muzik video Abang Nak Tegur nyanyian Dato' Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam hebat oleh netizen sehingga mendapat lebih 200,000 dislike, KRU Music memuat naik muzik video versi kedua. 

Muzik video Abang Nak Tegur 2.0 yang dinyanyi Dato' Aliff bersama dengan isterinya, Datin Nur Shahida di channel KRU Music, mendapat reaksi positif dari netizen. 


"Ini baru betul, suami isteri nyanyi. Suara Aliff Syukri sebenarnya sedap. Cuma sebelum ini suara Sajat saja yang tak sedap. Muzik video yang shoot di luar negara itu edit dan ambil part Dato' saja. Yang part isteri Dato' tu shoot dalam Malaysia. Yang versi Sajat itu buang," kata Wak Doyik. 

Bagaimanapun timbul persoalan netizen, tidakkah Dato' Aliff terasa rugi kerana banyak menghabiskan duit pergi ke luar negara untuk merakam muzik video itu sebelum ini. 

"Dato' tak rasa rugi dah ke berhabis duit melancong sana sini. Last-last video di rumah sendiri tanpa perlu bajet yang banyak juga, yang orang suka. Jujur saya katakan, saya takkan dislike video ini," kata Henshin. 




Video yang dimuat naik sejak semalam telah ditonton 22,339 kali dan disukai 4,140 serta dislike 219 pelayar YouTube. 
loading...

Artikel Terkait

'Ini baru betul suami isteri nyanyi' - Netizen puji muzik video kedua Abang Nak Tegur
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email