Thursday, February 23, 2017

NASA Temui 7 Planet Baru, 3 Planet Mungkin Boleh Dihuni


Penemuan yang mengagumkan buat bidang astronomi. Kelmarin mengikut waktu tempatan, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) di Amerika Syarikat mengumumkan tujuh planet yang menyerupai bumi sekali gus menjanjikan potensi menemui kehidupan di luar Sistem Suria. 

Menurut laporan jurnal Nature, penemuan itu juga mendapati tujuh planet itu sepadan dengan saiz dan jisim bumi, dan tiga daripadanya sesuai untuk menghasilkan air yang penting kepada hidupan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, NASA memaklumkan, terdapat sebuah planet yang kedudukannya dekat dengan bumi dan bintang kerdil merahnya digelar Trappist-1, akan membolehkan ahli astronomi memahami sifat atmosfera setiap planet, sekali gus mencari bukti kimia wujudnya sebarang aktiviti biologi. 

"Sistem Trappist-1, yang hanya sejauh 39 tahun cahaya, mempunyai bilangan planet bersaiz bumi terbesar yang mengorbit satu bintang tunggal."

Menurut Timbalan Ketua Pengarah dalam ahli jawatan kuasa untuk misi sains di NASA, Thomas Zurbuchen, pememuan kali amat penting untuk memyempurnakan pencarian manusia selama ini. 

Pasukan NASA berharap misi yang seterusnya iaitu membuat kajian dan mengenal pasti sama ada kesemua planet yang ditemui itu mempunyai hidupan lain, dan dijangka keputusannya bakal diketahui dalam masa sepuluh tahun ini.
loading...

Artikel Terkait

NASA Temui 7 Planet Baru, 3 Planet Mungkin Boleh Dihuni
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email