Thursday, February 23, 2017

Kilang Penuh Dengan Bahan Kimia Meletup Dan Terbakar, 200 Orang Dipindah


Pagi tadi Kawasan Perindustrian Tuas View Crescent di Singapura mengalami kebakaran yang teruk, hampir 200 orang telah diarah segera beralih dari kawasan itu. 

Menurut Channel NewsAsia, kawasan kebakaran itu merupakan loji pengurusan sampah dan pihak bomba sedang giat memadam api di tempat kejadian itu. 

Di laman rasmi Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan sekitar 200 anggota yang membabitkan 9 buah kereta bomba ke tempat kejadian bersama dengan sembilan kereta bomba, lima Red Rhino, empat mesin memadamkan kebakaran tanpa pengendali, 15 kenderaan sokongan dan sebuah ambulans telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Berikutan kebakaran tersebut melibatkan bahan-bahan sisa kimia dan mudah terbakar, justeru itu dari masa ke masa boleh kedengaran bunyi letupan di premis yang terjejas. 

Orang ramai dinasihati menjauhi diri dari kawasan itu, manakala pihak polis telah menutup kawasan berhampiran Tuas South Ave 3 dan Tuas View Crescent untuk menghalang orang ramai mendekatinya. 

loading...

Artikel Terkait

Kilang Penuh Dengan Bahan Kimia Meletup Dan Terbakar, 200 Orang Dipindah
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email