Tuesday, January 24, 2017

Yusry dedah Lisa Surihani kini tidak berlakon..

Lisa Surihani yang kini mengandung anak ke-2 dengan usia kandungannya 7 bulan mengakui masih aktif dalam dunia seni walaupun jarang kita lihat Lisa berlakon dalam drama mahupun filem.

Suami, Yusri mengakui Lisa memang tidak lagi berlakon buat masa ini namun membenarkan isterinya itu untuk menjadi duta produk sahaja.

"Jika ada kerja-kerja sebagai duta dia masih lagi pergi sebab itu hanya dalam masa satu hari.

"Tapi berlakon memang dia tak ambil lagi kerana agak sukar sesebuah produksi untuk bekerja dalam tempoh 12 jam sahaja.

"Alhamdulillah sejak mengandung anak kedua dalam jangka masa yang agak rapat, Lisa semakin memahami badannya sendiri.

"Kalau dulu, setiap minggu dia mahu berjumpa doktor untuk lihat sama ada baby sihat atau tidak.

"Tapi kini dia ikut jadual yang ditetapkan dan kami sama-sama lebih tenang berbanding sebelum ini," ujar Yusry memetik MediaHiburan.
loading...

Artikel Terkait

Yusry dedah Lisa Surihani kini tidak berlakon..
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email